Air Mata Lelaki Ini...

Oct 18, 2008 - ♛Posted by : homosapiensz at 11:12 PM
(**INI CUMA LUAHAN HATI...AMBIL YANG RASA ADA KAITAN..TEGUR JIKA AKU TERSASUL)

sebenarnya kita sering lupa dan alpa..(apa yang lebih penting..apa yang lebih berharga..)
kerana itulah maksud Manusia (diterbitkan dari Bahasa arab bermaksud "orang yang lupa")
akibat keseronakan kehidupan yang penuh suka duka..sering mengikut nafsu tanpa merujuk kepada akal yang sedar...
berkawan biar seribu...antara yang beribu siapakan teman..teman yang sanggup menjadi sahabat...
tanpa kita sedari, dalam kemesraan berkawan..kita secara tak sengaja membuat hatinya terguris..dengan kata2..perbuatan..atau suara..
"kenapa begitu sukar mengalirkan air mata?"
(aku tertanya sendiri....mengapa begitu sukar untuk mengalirkan air mata..?)

mungkin Tuhan telah makbulkan permintaanku.. (bagaimana rasanya bila menangis..)
tatkala aku masih duduk antara dua sujud atas sejadah...memberikan salam kepada seluruh makhluk disebelah kanan dan kiri...
***
tiba2 aku merasa sebak di dada..x tertahan lagi..air mataku bercucuran..laju..aku menangis teresak-esak di atas sejada..tiada apa2 dapat aku lakukan..menagis sepuasnya..ku sujud di sejadah..aku tidak dapat tahan tangisanku..bagaikan kanak2 kecil kehilangan ibunya..aku bagaikan hilang arah..aku masuk ke bilikku.berbaring sambil memikirkan perkara yang berlaku dalam hidupku, sambil air mata laju bercucuran laju (tak pernah ku alami perkara sebegini pada dewasa ni)...

pelbagai perkara yang terlintas di benak fikiran..apa yang telah aku lakukan..segala kesalahanku sesama kawan,kenalan..kesalahanku terhadap Tuhan...
(ketidakseimbangan hormon dpt dilihat pada muka...urmmm...1 pandangan kosong)

walaupun mereka berkata aku tiada kesalahan..namun, sebagai manusia mempunyai naluri (deria keenam)..daripada intonasi suara, mimik muka, kelakuannya, cara penulisan, cara penyusunan ayat..hati kecilku berbicara...aku telah buat hatinya terasa..walaupun sedikit yang terguris..bagaimana aku sanggup membuat hati orang yang aku sayang terguris..walaupun senipis kapas..kerana.....AKU SAYANG MEREKA..!!
"ASTARGFIRULLAHAL AZIM......."


selepas isyak, aku memohon kepada Allah..ku sujud kepadanya...memohon, berdoa dengan penuh harapan..
"Ya Allah..ampunilah dosaku..dosa ahli keluargaku..dosa ibu bapaku..dosa kawan2 ku..dosa muslimin & muslimat....Kau berikan aku naluri ini..cuma bergantung padaku untuk mengawalnya...hanya Kau yang tahu apa yang terbaik untukku....
pemudahkanlah bagiku menghadapi kehidupan ini...
Kau rahmatilah orang yang aku sayang..andai Kau ingin berikan mereka ujian...biarlah mereka mampu hadapinya dengan tabah...hanya Kau Maha Mengetahui..
semoga mereka sentiasa berada dalam sihat sejahtera..dalam keadaan aman...amin ya rabbul alaminn"