Mama & Papa Pergi Haji

Nov 18, 2008 - ♛Posted by : homosapiensz at 3:52 AM
15 nov 2008 lepas...papa dan mama aku bertolak menunaikan haji..menunaikan rukun islam yang ke-5..
jumaat malam tu aku tolong mama aku berkemas-kemas barangan dia...Anak-anak dah besar semuanya, jadi takde masalah la nak tinggalkan anak-anak walaupun Mama dan Papa pergi haji serentak.
barang papa aku dah siap dah...mama aku 1st time g Haji..tapi bagi papa aku yang ke-2 (maybe nak menemani mama aku kot..hehhe)
pagi 15 nov tu...aku 1 family gi hantar parent gi kat stadium tertutup gong badak..
sampai sana jer kitorang hantar coz kat sana diorang nak 'briefing' dan prepare untuk para jemaah smua..

aku tolong papa aku ikat gelang pengenalan diri..sebelum diorg masuk dalam dewan untuk preparation...jadi kitorg (smua keluarga jemaah pn) hantar jemaah sampai sini jer, dalm kul9 a.m.

bersiap2 ngn beg..

my family (mama, papa, adik n nenek)

siap2 nk masuk ke dalam dewan dah....last meeting sini ler...

Papa terangkan sesuatu kat mama.
.maklum bg mama ni 1st time nak gi haji..papa lak yg 2nd..

ni adik bongsu aku..baru darjah 1 (7 tahun)..papa aku xnk bg adk aku ni bosan masa ketiadaan diorg, beli le mainan utk budak ni..hahaa....anak bongsu le katakan...tp dia x nangis pn..

aku ngn makcik aku sblm blk umah, round ler kat airport terengganu ni..(Lapangan Terbang Sultan Mahmud - kot-)..buat kali pertamanya, penerbangan para jemaah haji dari terengganu terus ke tanah suci..(x tau ler diorg singgah mana dulu..)
*****
video
lepas je mama & papa masuk dalm dewan tu...kitorg tunggu kat luar je tgk skrin besar kat luar tu utk tgk suasana dlm tu..ni adik bongsu aku..aku suruh dia wat bunyi itik sambil jalan mcm itik..hehee..
(pandai lak dia wat punyer itik ni...mmg anak itik btol..)

**Semoga mama papa selamat pergi dan selamat pulang...semoga berada dalam sihat sentiasa dalam menunaikan ibadat haji ini...semoga mendapat haji yang mabrur..aminnn...
(teringat lak kat "someone" yg gi haji gak tahun ni...huhu..semoga dia pun mendapat haji yg mabrur...selamat pergi dan selamat pulang..harap dapt berhubung dgn dia lg..aminn)

i'm, watching.....August Rush

Nov 14, 2008 - ♛Posted by : homosapiensz at 6:40 AM

semalaman aku x dpt tido..dah 2 sachet kopi aku minum (biasa campur susu lebih..) sambil2 tu aku chatting YM, dgr musik n wat last assignment aku sampai kul 4 lebih..(mmg lambat wat assignment sambil chat..hehee..). Akhirnya walaupun wat skit2..siap gak assignment ni..dah hbs assignment rasa ngantuk ada le 'secubit'...aku pasang le Movie yag baru je aku download guna Torrent..
"August Rush"
starting citer menunjukkan sorg budak nama August Rush (Freddie Highmore) yg berada di tgh2 ladang gandum berhampiran rumah anak yatim menghayati 'suara' alam..
citer ni adalah movie berkaitan deria bunyi..klu korang ada tgk citer "Perfume : The Story of the Murderer", tu adalah berkaitan deria bau..(kagum gak ngn citer Eropah ni wat citer pasal deria kita..).
secara ringkasnya, aku amat tersentuh dgn budak August ni yg nak cari 'parent' dia dengan music..dia mengaplikasi semua benda di sekeliling dan menganggapnya sebagai music kehidupan.
dia percaya bahawa ibubapanya dapat dgr 'music' yg dia hendak sampaikan..sebab tu dia biarkan music membawanya kepada ibubapanya.
ada gak citer flashback pasal parent August ni, Lyla (Keri Russell) seorg pemain Celo yang femes (biola besar tu) bertemu dengan Louis (Jonathan Rhys Meyers) penyanyi utama dalam band diorg di kelab malam. Mereka bertemu buat kali pertama di sebuah parti dan 'bersama'. Keesokkannya Lyla terpaksa berpindah untuk persembahan Celo, Louis pun mengejar Lyla tp mereka berpisah. Lyla mengandungkn August masa tu..mengharapkn bertemu Louis dan sebaliknya. Mereka sama2 berharap untuk bertemu satu sama lain tnpa putus asa.. Lyla eksiden, ayah Lyla tipu dia ngatakan anak tu mati padahal anak tu hantar ke rumah anak yatim.
August pun mengembara untuk mencari parentnya...Lyla dpt tahu perkara sebenar daripada ayahnya ingin bermain semula Celo untuk cari anaknya lepas putus asa ingtkn anak dia mati. Louis pun bergiat semula music untuk cari Lyla selepas berpisah selama 11 tahun lebih malah cuma 'bersama' untuk 1 malm sahaja (dia x tau dia ada anak masa tu).
pertemuan August,Lyla dan Louis menyentuh hati btol.di sebuah konsert di mana Lyla main Celo..kemudia August wat rhaspody (ntah apa benda) tp august compost lagu rhaspody ni daripada sekitar...smuanya dgn music..
aku bagi filem ni 5 BINTANG sama gak ngn filem 'Perfume'.

habis 1 movie yg memuaskan hati aku..sampai kul 6pg lebih...hahha..semalaman aku x tido sampai aku post ni.kul 7.15 pg lebih dh...2o jam lebih x tido...agak #$%^&*..hahha..pagi ni aku minum susu..harap dpt ler tido..huhu

*****

Barangan Dalam Bilik Aku

Nov 12, 2008 - ♛Posted by : homosapiensz at 12:57 AM

[WELCOME TO MY ROOM]


huhu..bosannya..sementara tunggu hujan serik skit coz aku nk balik umah sewa,parent aku lak g shopping kat Giant..aku dgn bosannnye masuk dlm bilik aku snap ler benda2 yg terdapat dalm bilik aku (kat umah family..) . kebanyakannya benda yang aku ingin jadikan koleksi...

1. aku ni dalam proses nk kumpul poskad dan setem..ada poskad dari sabah & scotland jer...(huhu..ingt dia dalam ingatanku..)

2. sedihnya...hasil kumpul setem aku sejak darjah 3 rosak disebabkn adik2 aku yg selotape kat setem tu..sayang lak nk buang..huhu..simpan je r...(sebab tu aku nk kumpul balik setem ni..)

3. antara barangan tembaga yang terdapat dalam bilik aku..hehhehe...

4. penutup tin aluminuim pun jadi koleksi aku...

5. Ni hasil lukisan aku..(sebenarnya aku tiru jer..bukan tekap k..TIRU jer...aku tgk design bangunan yang menarik..daripada novel yg aku baca "REALM OF AIR")

6. batu & kayu pun x terlepas dari koleksi aku...batu tu amik kat Sekayu masa berkelah ngn family..kayu22 tu lak amik kat sungai blakang umah aku jer...bentuk kayu tu menarik jer...ada lubang2 yg terbentuk agak sempurna...ada org kata udang yg terbuk lubang2 tu sebagai sarang...
masa kecik2 dlu pun, aku & mmberkampung cari udang celah lubang kayu camni masa mandi sungai.

7. hahhaa..mmg dh bosan dh..ni le benda yg menebalkan dompet aku slama ni...
-IC-kad SIM-kad ATM-lesen moto-lesen SCUBA-resit-donor kad-kad nama

8. serangga ini masa ditemui mmg telah mati..jadi mngelakkan bentuk dah warnanya hilang serta dimakan semut..aku letak ler dlm bekas plastik.

9. koleksi cengkerang aku yang aku amik masa kat Pulau Bidong, ada program Survival Laut., tahun 2006 lepas...aku letak dalam bekas telur jer..

10. benda ni aku wat daripada timah aku aku cari dlm bateri kete..yg dah rosak ler..ingtkan nk wat keychain tp berat sagt nk masuk dlm poket..

11. lukisan ni (juga aku tiru daripada Cadcaptor Sakura..element air..hehhe...)

12. hasil kumpul duit syiling 1sen dan 5 sen..aku letak dalam bekas tembaga ni..(macam harta karun leprechaun lak..)

13. bentuk batu2 yg cantik juga menrik minat aku untuk mengumpul benda2 ni...
14. kumpul kulit kerang mmg benda yang aku x miss setiap kali aku g kat pantai..ntah ler..mmg sejak dari kecik suka ngn benda2 ni..just sebagai koleksi.

15. yang ni pun aku tiru gak dari kitab mana ntah...(TIRU ok..bukan TEKAP..)
16. minat lak aku nk kumpul duit syiling asing dan lama ni...(ada sesiapa nk sumbang kat aku x??)
17. benda ni aku wat sendiri gak..daripada dawai kuprum..xtau apa ke benda nama arca ni..xde nama lg...tp aku wat bentuk mcm triple gitu..

18. ni satu lagi hasil karya aku...black & white roses..sebenarnya benda ni hnya sati kadboard yang ada permukaan putih & Hitam..jadi aku try gabungkan kedua2 nya dengan 1 imej..

19. x sanggup aku nk buang baju ni..hadiah daripada seseorg...huhu.baju ni r masa aku kena eksiden 25/02/08 lepas...mmg aku sayang sagt2 baju ni..baju feveret aku...huhu..walaupun dah koyak & ada lg drah melekat..aku nk simpan gak baju ni sampai bila2...

*****

Haji Papa, Hajjah Mama

Nov 11, 2008 - ♛Posted by : homosapiensz at 7:59 PM
parent aku wat masak2 untuk kesyukuran skit kat umah 07/11/08..diorg nk g menunaikan Haji minggu depan 15/11/08..bertolak buat kali pertama terus ke Mekah dari lapangan terbang kuala terengganu...
majlis solat hajat dan kesyukuran lepas isyak kat masjid umah aku..
SEMOGA PARENT AKU SELAMAT MENGERJAKAN HAJI dan MENDAPAT HAJI YG MABRUR...
SELAMAT PERGI DAN SELAMAT BALIK..
(sebenarnya papa aku temankan mama aku g haji kali ni..coz papa aku dh g haji dulu..)

sementara tunggu ujan serik skit..hamster kat umah aku main dlm shell ni..ahaks..

4 Entries 1 : Mood Exam, Kisah Kerengga

Nov 8, 2008 - ♛Posted by : homosapiensz at 2:00 AM
Cerita #1 :
exam...)
cabaran kehidupan....aku nk cuti puas2.....huhuhu...

(lepas je hbs paper..aku kuarkn hanset aku dr pencil case n snap pic dalam dewan peperiksaan..hehheh...)


akhrnya asgment aku (group aku) dhantar lepas hbs paper exam 1st, soalan exam pun logical thinking..boleh r "goreng"...


wahhhh...hepi giler dpt hantar last asgment aku..wat nakal kanak2 skit...aku kumpul smua topi dalam umah sewa aku possing depan cam ni...(helmet, topi kertas, snowcap, kopiah etc.)
tiba2 malam tu mood hepi aku hilang coz dpt panggilan dari mmber yg bru jupe lecturer bgtau asgment aku dulu x hantar lg..padahal dah sebulan lebih dh aku bg kat member group aku tu....
(AARRGGGGGGHH....!!!.....)

Cerita#2 :
ni pulak masa g lawat sofi kat hospital...aku n my junior naik tangga jer sampai tingkat tujuh..xde r semput masa 1st time naik sampai tingkat 7..hehhe...well..exercise ler skit...

Cerita #3 :

my new shoes...oleh kerana aku xde kasut nak pakai nk masuk exam..(sebelum ni pun aku pakai slipar jer g kuliah..huhu.)...malam tu aku g ler kedai Kasut You beli kasut n slipar..huhu..(sempoi jer...) beli masa malam sebelum exam...dah r aku tgh tension ngn group mmber aku sorg ni..harapkn dia antar asgment tp hampeh punyer @#$%^&*(....!!!


amacam baju aku plih?? stylo x...lepas je lawat sofi kat hospital..aku n Jr. g lepak2 kat syahbandar...beli air epal 2liter minum sampai hbs..hahhahaha...singgah kat pasaraya yg economic biasa aku beli ni..nmpk berkenan jer baju ni (stylo jer.)..beli jer..bukan senang nk dpt baju stylo tp murah camni.....

lepak syahbandar masa malam2..sambil minum 2 liter just epal..

*****


Cerita #4 :
kekadang kita seharian sibuk dengan kehidupan kita, tanpa menyedari di dalam dunia ini kita bukan hidup sendiri...Tuhan jadikan makhluk ciptaanNya bukan sia-sia..bergantung pada insan melihatnya dari sudut yang berbeza...untuk kita berfikir..mengambil iktibar..

kita bukan hidup sendiri..perlukan teman dalam menghadapi cabaran hidup ini...walau sekecil mana pun masalah..ia akan jadi berat andai kita sendiri memikulnya..apa gunanya hendak berkawan andai kita x sanggup untuk berkongsi beban..andai itu adalah kawan sejati...

***

(p/s: sebelum pic ni di amik..hosmate aku sembur racun serangga kat koloni kerengga ni..huhu)

ARMY DOWN..!!! ARMY DOWN..!! kerengga2 tu sama2 usung mmber diorg yg keracunan Ridsect...huhu...camne le diorg lupuskan "mayat2" tu erk...bg kat larva diorg ker???

kerengga smua ni bertukus lumus gigit plastik..tujuan?? (maybe sebagai "jambatan" untuk member2 lain merentasi seberang sana kot....apa yg penting?? KERJASAMA...!!!

Pada suasana petang, tambah plak housmate aku sembur Ridsect pada koloni tu...bertungkus lumus ler 'diorg' angkut member2 yang mati keracunan....

Allah semadikan satu surah dalam A-Quran, Al-Naml (Semut) : diturunkan di Mekah.

ayat 18-19 bermaksud:
"..Sehingga apabila mereka sampai ke lembah semut, lalu raja semut berkata "Wahai sekalian semut, masuklah kamu kedalam rumahmu supaya kamu tidak dihancurkan oleh Sulaiman dan tenteranya, sedang mereka tidak sedar (terhadapmu)...
Lalu Sulaiman tersenyum serta tertawa kerana mendengar perkataannya dan berkata :
"Ya Tuhanku, tetapkanlah hatiku untuk mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku serta ku kerjakan amalan solehyang Engkau sukai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam hamba-hambaMu yang soleh.."

Pada rangkap ini, Nabi Sulaiman mengumpul tentera2nya hendak menyerang ke Negeri Saba' di mana pemerintanya; Puteri Balqis seta rakyatnya menyembah matahri sebagai Tuhan kerana mendapat khabar berita daripada burung Hud-Hud yang lambat bg mengelakkan Baginda murka terhadapnya..
Dalam perjalanan, Baginda yang dikurniakan mukjizat berkomunikasi dgn makhluk selain manusia mendengar jeritan Raja semut terhadap rakyatnya..baginda menghentikan tenteranya daripada memijak semut2 tersebut..

(kisah seterusnya adalah bagaimana Puteri Balqis tunduk kepada kebesaran Nabi Sulaiman miliki dan memeluk agama Nabi Sulaiman...(islam)

Syukur..Umurku masih panjang..

Nov 1, 2008 - ♛Posted by : homosapiensz at 3:13 PM
hri tu aku prepare untuk presentation...
ada kawan SMS kata presentation start kul 8pg..aku siap ler awal2..bila pergi sana xde sorg pun...
kenderaan pun xde..aku punyer cuak masa tu...huhu..(kemana r diorg ni...huhu)

nasib baik nampk kosmate sorg tu..bila tgk kat pintu dewan kuliah tu..start kul9pg...(!@#$%^&* btol..saper punyer dakyah ler kata kul8pg..bukn aku je yg awal, ada beberapa org lg dtg awal)

aku jalan2 xtau nk duk mana..rehat jap kat bangku nmpk surat khabar bawah bangku tu.

METRO,Khamis, 30 Okt 2008.."Maut Kejar Peragut"
bila je baca 'headline' muka depan ni..aku bersyukur sgt2...Allah masih panjangkan umur aku...

25 feb.2008 lepas aku ada kena ragut barang berharga aku..terjadi r peristiwa kejar mengejar antara aku dan 2 org peragut tu...
peragut tu mmg nk tendang moto aku...tp aku sempat himpit moto diorg..(peragut tu berdua...)
jadi tayar moto depan aku berlaga ngn tayar belakang diorg, sama2 jatuh terguling atas jalan tar tu...
(baru jer seminggu sebelum tu aku jatuh moto depan umah...luka jatuh tu x sembuh lg...tambah lak eksiden ni..haha)

aku tanpa fikir panjang terus hampiri peragut tu dan rampas balik barang milik aku..
tanpa sempat berbuat apa2..aku tercengang kejap nampak peragut 2 org tu cabut lari..(x sempat nk belasah mamat 2 org tu..walaupun badan dua2 nya lebih besar dan tegap dr aku yg kurus kering ni) MARUAH tetap pertahankn..walaupun barang tu x bernilai berbanding NYAWA..

syukur ada org kampung yang tolong angkat moto yg rosak tu....nasib baik moto tu xleh gerak..klu x mmg aku naik balik umah dah ngn luka2 camtu..hahaa...aku call parent aku bgtau pasal accident tu..

parent aku dtg amik aku g antar hospital bhgn kecemasan untuk cuci luka..(ada kosmate aku bgtau dia ada kat bhgn tu gak coz adk dia meninggal sebab eksiden gak...) masa tu dh maghrib..parent aku g masjid solat tinggal aku sorg2 dlm van tu...solat wuduk tayammum jer...

(sempat lg nk bergaya amik gambar..bukan selalu dpt luka teruk camni..hehhe **slamber**)

syukur ALHAMDULILLAH...Allah masih panjangkn umur aku..x cedera terus sangat..cuma kulit tergesel ngn jalan tar jer...xde luka dalaman...

doktor bg MC 3 hr jer...camtu hujung minggu jd 5 hr ler...mkn ler antibiotik, sapu iodin kat luka tu mmg cepat sembuh..dlm 1 buln dah hampir tutup smua luka...

lepas je g hospital tu..papa aku pn bawak g kat balai polis untuk buat report..(aku ni malas btol nk g wat report ni..dah r xdpt cam plat moto....bukannya polis dpt wat pape pun..wat tmbah helai kertas jer...)
masa kat balai polis tu g ler kat kaunter dia nk wat report...cite punyer cite..diaorg surh g kat pegawai lain lak...then pegawai tu kata bukan bhgn dia...berulang lak ke pegawai tu..dlm 2,3 kali gak aku ulang alik...!@#$%^&* punyer pegawai..aku dah r cedea bhgn muka, lengan n kaki...(mmg aku xnk wat report pun...papa aku je yg degil..huhu)

(ni masa dalma bilik umah aku..bru jer lepas cuci luka...seksa gak nk solat, makan, pakai baju..sabar jer..ujian jer smua ni...tetap bersyukur kehadrat ilahi masih panjangkn umur aku)

lepas jer MC tu aku g kelas mcm biasa..naik moto pun guna sebelah tangan jer...nk wat eksperimen tu ngn sebelah tangan...kawan2 kos ada tnya..aku jawab 'eksiden' jer...nnti byk tnya lak klu jawab kejar peragut..

sampai sekarang aku masih bersyukur ke hadrat ilahi..masih panjangkn umur aku....bila terkenang kan balik..mmg ngeri btol, kalau2 patah leher ker...kena tikam ngn peragut ker...huhu..