Salam Maal Hijrah 1430 H

Jan 1, 2009 - ♛Posted by : homosapiensz at 1:29 AM

walaupun dah beberapa hari berlalu..

aku ingin ucapkan

SALAM MAAL HIJRAH 1430 H
(29 Dis. 2008)

kepada semua pembaca, muslim ataupun non-muslim

Semoga permulaan awal muharam (mengikut kalendar islam - pengiraan bulan ) membawa permulaan baru dalam hidup semua pembaca, membawa lebih banyak kegembiraan, ketabahan, kesabaran dalam kehidupan...

semua yang berlaku mengikut tetapan Qada' & Qadar tuhan sekalian alam sejak azali...

kita cuma mengikut aturan yang ditetapkan...namun tetapan itu dapat di ubah andai kita lebih berusaha, berdoa & tawakkal...aminn..


Penghijrahan dari Makkah ke Madinah

Pada 622 masihi, Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraish Makkah tetapi kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.

Masjid an-Nabawi di Madinah, tempat kedua paling suci dalam Islam

Menurut sumber2 Islam yang autentik spt hadith, Madinah mempunyai 2 puak (Aus dan Khazraj) di samping 3 suku Yahudi (Banu Qainuka'a, Banu Nadhir dan Banu Qurayza). Suku Aus dan Khazraj menguasai kota Yathrib tetapi sering berbalah antara satu sama lain dan asyik berperang sesama mereka.

Mengikut ahli sejarah Islam, kedua-dua puak ini mengetahui akan kewujudan seorang rasul di Makkah yang mana pengikutnya sering diseksa oleh kaum Quraish Makkah. Mereka berbuat keputusan untuk berjumpa dengan rasul ini untuk mengatasi konflik di antara mereka.

Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib (dikenali Madinah al-Munawwarah). Setibanya di sana Nabi Muhammad s.a.w. merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah yang dipersetujui oleh semua penduduk Madinah (dikenali sbg Piagam Madinah).

(Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Madinah_al-Munawwarah )

(*Piagam Madinah merupakan satu perlembagaan bertulis pertama dunia...)