Bila AKU bertemu ULAR!!

Sep 1, 2009 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 8:59 PM
Homosapiensz & Serpentes

"Mal!!! Mal!!! Ada ular!!! Cepat turun!!", Teriak mak aku....
aku yang sedang asyik 'surf' internet ni terus berlari turun melihat ular tu
(aku agak 'excited' mendengar perkataan 'ular' tu..)

Cari punyer cari, jupe ler sekor ular yang sedang melingkar kat bawah bakul...nampak relax jer dia...Aku dengan jelesnya amik kayu penyek ekor ular tu..HAH!! gelupur dia...aku tangkap ler ekor ular tu..tarik kuar....
(Menurut pengetahuan aku daripada TV, ular lemah jika pegang kat ekor..berkesan gak)

Ni dia ular yang menjadi mangsa aku..hehhe!!
Mak aku gi umah jiran coz geli tengok ular ni...

(Sape x geli ngn ular?? Sila angkat hidung!!! huh!! "hidung tinggi" btol yerk..Simpulan Bahasa : maksudnya berlagak!!.HAHAHHA!!)

Aku pun siap amik Handphone Sony Ericsson K810i yang Mama aku punyer untuk 'snap' pic menjadi kenangan aku ngan ular...
(Nanti nak cite pasal aku ngn ular ni dulu..Jap lagi cite skit kisah Ular ni lak...)


Aku dengan bangga, bongkak, "hidung tinggi" nya bermain dengan reptilia yang cantik, menarik ni...
Mula2 tangkap, Ular ni agak garang, asyik nak gigit je keje nya..
Lama2 makin jinak lak, Makin aku 'jatuh hati' dengan dengan ular ni dengan kejinakan, warna2 yang menarik...
tapi nak wat camne, Mama dah geli ngan ular ni, so, terpaksa ler aku lepaskan..sebelum tu bermain2 jap..

OoooOOOoooo0...cantiknya kulit beliau bila dia kembang!!
Ataupun bila ular ni "get annoyed"/di ganggu..ia akan mengembangkan dan menunjukkan badannya yang berwarna seakan2 biru kehijauan (macam "luminescent"...Bluish, Turquoise)...
Muka ular ni seakan2 ular sawa...Dia punyer mulut pun macam ular sawa coz leh merenggang untuk menelan haiwan lain...Dah Google dah tp x jupe dia punyer Malay Name..huhu..Ada English Name & Scientific Name jer...


Menurut pen"Google"an aku..
Ular ni ialah "Painted Bronzeback"...
Daripada Family : COLUBRIDAE..
Nama saintifiknya ialah: Dendrelaphis pictus
...(More info..)
Menu utama adalah Cicak, Katak, Burung, Ular lain etc. (Click sini tgk pic Ular ni makan katak..)
Habitat : Semi forest
Aktif pada waktu siang, boleh melompat (bukan melompat mcm katak!!)
Dalam golongan tidak berbisa..

Bila "Homo sapiens" bertemu dengan "Serpentes"
(Homo sapiens ada lah nama saintifik untuk manusia, Serpentes pula suborder bagi reptilia Ular)

Aku jatuh hati ngan ular ni..Tapi apakan daya, benda cantik sentiasa pergi awal..huhu!!
Dengan ciuman terakhir di dahinya, aku melepaskan semula ke tempat ia sepatutnya berada..
SOb~Sob~Sob~

p/s : Haiwan yang x berakal marah kerana mengikut nalurinya, manusia yang berakal marah kerana fikirannya...Tapi kedua2 nya ada emosi Apa yang membezakan manusia dan haiwan?? Kekejaman manusia menyebabkan kekejaman haiwan..Siapa yang lebih kejam?