Dilemma Khunsa [Metro 19 Nov.09]

Nov 19, 2009 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 9:15 PM
Baca x surat khabar metro arini?? 19 Nov 2009?
Tetiba je terdetik aku buka Metro Online arini....
pastu terdetik ler jugak untuk aku memberi pandangan...

"Hidup lelaki, mati wanita"
Oleh Fuad Hadinata Yaacob dan Nor Husaini Nor Majid

am@hmetro.com.my

[Keratan Artikel]
SEBERANG PRAI: “Saya tak boleh berkahwin sama ada sebagai suami atau isteri. Mengenai solat pula, saya boleh bersembahyang seperti lelaki dan perempuan, manakala solat Jumaat tidak diwajibkan.

“Dalam soal berpakaian pula, saya boleh pakai seperti lelaki atau perempuan tapi apabila meninggal dunia hendaklah dikebumikan mengikut jenazah perempuan Muslim,” jelas seorang khunsa mengenai dilema dihadapinya sejak enam tahun lalu............

.......dilema itu dialami sejak menerima pengesahan status khunsa dari Jabatan Mufti Kedah 18 Ogos 2003.........

......“Apabila hendak bersolat sebagai lelaki, misalnya saya hendaklah di belakang saf kanak-kanak lelaki, tapi ada ketika saya perlu mengisi saf kosong di depan dan masalah timbul apabila ada orang menjadi makmum saya.

“Jika saya hendak bersembahyang sebagai perempuan pula, saya mempunyai nafsu lelaki begitu juga penampilan dan bagaimana pula jika saya bersentuhan dengan mereka.

“Disebabkan itu, saya jarang ke masjid malah solat Jumaat dan hari raya pun sudah 10 tahun saya tidak pergi disebabkan celaru identiti,” katanya.........

......Azli berkata, lesen memandunya tercatat nama wanita dengan gambarnya yang bertudung tetapi dalam kad pengenalan, dia berambut pendek seperti lelaki.......

......Sementara itu, Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Kedah, Faridah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengeluarkan laporan pengesahan status khunsa musykil kepada Azli.

Katanya, ketika itu Azli membuat permohonan mengesahkan jantinanya untuk berkahwin, namun pihaknya meminta dia melakukan pemeriksaan pakar perubatan.

Pada masa itu, Mufti Kedah, Datuk Sheikh Hasbillah Abd Halim, pakar sakit puan, ahli Jawatankuasa Fatwa, pemohon serta ibu bapanya hadir.

“Berdasarkan ujian doktor, alat kelamin lelaki dan perempuannya tidak berfungsi sepenuhnya. Disebabkan itu, pejabat mufti mengambil keputusan tidak membenarkannya berkahwin atas alasan matlamat perkahwinan tidak tercapai seperti tidak boleh mendapat zuriat.....

[SUMBER : METRO ONLINE_Bacaan lebih detail]

[LAGI INFO PASAL KHUNSA_tq pada Pojie untuk info ni...]

Pandangan Mr.Homosapiensz,
Azli patut melakukan perbedahan membuang ovari beliau dan memilih jantina lelaki kerana mempunyai nafsu sbg lelaki. Alasan Jabatan Mufti tidak membenarkan Azli kahwin tak masuk akal dengan alasan matlamat seperti tak boleh mendapat zuriat?? Apa alasan untuk lelaki mandul berkahwin lak?

Salah satu sunnah kahwin mengembangkan zuriat. selain tu juga mengelakkan zina. klu azli tu berzina dengan perempuan lain tp x boleh kawin, kan lebih berdosa..

Kenapa TIDAK Jabatan MUFTI dan Jawatankuasa FATWA memutuskan saje yg Azli ni perlu jadi LELAKI. menjalani perbedahan ke untuk buang ovari. lagipun memang jelas Azli tu ada nafsu lelaki, mempunyai niat untuk berkahwin dengan wanita dan tumbuh misai dan janggut.