Ketagih Kopi? (Bacaan Lelaki)

Nov 19, 2009 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 8:23 PM

Bacaan untuk PARA LELAKI yg "ketagih" kopi..

[Artikel dari Metro ONLINE]

Kerap minum kopi

SAYA kerap minum minuman berasaskan kopi. Boleh dikatakan setiap hari saya minum minuman seperti itu, terutama sebelum ke tempat kerja. Di rumah juga demikian jika ada masa lapang, seolah-olah menjadi tabiat.
Persoalannya, adakah tabiat meminum kopi secara kerap akan memberi kesan terhadap air mani seorang lelaki seperti mana perokok? Jika ada, apakah kesannya?
AFZAL

Tanjung Malim, Perak


Kopi dan teh menjadi minuman gaya hidup untuk warga dunia sejak ia diperkenalkan secara terbuka. Tambahan pula kajian menunjukkan ia tidak mengganggu kesihatan dan mengandungi banyak khasiat dan kebaikan.

Kopi mengandungi banyak bahan ‘antioksiden’ dan juga kimia bergelar kafein, stimulant urat saraf setaraf ‘viagra’. Jika diminum pekat dan banyak, lelaki muda mudah mencapai ereksi yang mencabar!

‘Viagra’ sebenarnya ialah ubat yang dapat melembapkan proses kehancuran elemen tenaga CGMP yang ada pada seluruh badan selain otot zakar. Jadi tidak hairan jika orang berbangsa Arab minum kopi jenis Arabi dan mereka mudah mencapai kesegaran anggota kelamin.

Jadi tak hairan juga jika kopi mula menjadi minuman ‘gourmet’ dengan harga tinggi, dengan pelbagai perisa dan campuran herba dan aromatik untuk meningkatkan pilihan selera.

Tidak salah jika anda ketagih kopi kerana ia tidak memudaratkan seperti amalan merokok. Jika mahu membandingkan kopi dan rokok, memang sangat berbeza.

Kini kopi menjadi mangsa sesetengah pengilang yang inginkan untung yang banyak dan mereka mencampurkan kopi dengan ubat larangan sehingga minuman itu memudaratkan kesihatan, jadi berwaspadalah dengan produk sebegitu.

p/s : klu byk minum kopi sgt mcm aku leh menyebabkn "hidration'...contoh: bibir jadi kering.