Pendapat Baru Tentang KHUNSA

Nov 30, 2009 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 2:10 PM
Tengah2 mandi tadi....La...la...la....aku x nyanyi dalam bilik air ok..as
Tiba-tiba terlintas kembali tajuk 'entry' yg telah aku 'post'kan dulu....
Sebelum tu maaf jika kejahilan aku ni menimbulkan sensitiviti mana2 pihak....aku cuma ingin meluahkan pandangan jer...Jika hendak kritik biarla kritikan yg mengajar/membina

Atas ihsan Pojie Pooh berkaitan dengan info/link pasal 'khunsa' ni dalam MyAdha.blogspot

Menurut MyAdha.Blogspot; petikan daripada Metro juga :

"Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.

"Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar.

Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin.

******

Menurut petikan Metro 19 Nov.2009 Tajuk "Hidup Lelaki, Mati Wanita" menerangkan "Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Kedah, Faridah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengeluarkan laporan pengesahan status khunsa musykil kepada Azli."

“Berdasarkan ujian doktor, alat kelamin lelaki dan perempuannya tidak berfungsi sepenuhnya. Disebabkan itu, pejabat mufti mengambil keputusan tidak membenarkannya berkahwin atas alasan matlamat perkahwinan tidak tercapai seperti tidak boleh mendapat zuriat.....

***

Persoalan Mr.Homosapiensz

Kenapa Azli tu digolongkan dalam 'khunsa musykil'? Menurut definasinya ialah ""Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan." jika sebab TIADA TANDA2 yg boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan, kenapa Azli ni ditumbuhi bulu-badan seperti lelaki? Ini kerana Azli mempunyai hormon kelelakian yg lebih daripada hormon perempuan...Adakah perkaitan hormon x diklasifikasi dalam celaru jantina???
Ia mungkin boleh dibahaskan lagi kerana ada juga wanita mempunyai hormon lelaki, tetapi jika melibatkan nafsu sex..Beliau sendiri mengaku bahawa beliau memang jelas dan sudah menyetubuhi wanita. Semasa beliau solat sebagai wanita pun tetap terganggu solat itu disebabkan terangsang nafsu terhadap wanita.....

Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin.Adakah hukum syarak boleh diubah mengikut zaman?? Sebagai mana wujudnya ulama2 terkenal seperti Mazhab Syafie', Hanafi, Hanbali dan Maliki adalah untuk membimbing umat islam menyelesaikan kecelaruan agama mengikut zaman, suasana/situasi, teknologi dan lain2 akibat perbezaan kawasan dalam mengamalkan ajaran islam pada masa & kawasan tersebut.

Dalam situasi sekarang, adakah tidak mustahil untuk Azli melakukan pembedahan penukaran jantina kepada Lelaki dan pihak mufti membenarkan Azli kahwin untuk mengelakkan berlakunya zina walaupun beliau tidak dapat melahirkan zuriat.

Adakah berdosa jika beliau tetap menukarkan jantina dan berkahwin tanpa kebenaran mufti? Adakah Azli dibelenggu akibat dengan undang2 sedangkan perkahwinan itu adalah juga untuk mengelakkan zina. Azli mempunyai nafsu sex lelaki, seharusnya berkahwin dengan wanita.

Pada pendapat Mr.Homosapiensz, islam tidak membebani umatnya yg tidak mampu. Sentiasa ada jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah. Dengan adanya teknologi sekarang, penukaran/penentuan jantina Azli boleh dilakukan dan terus berkahwin dengan wanita. Islam adalah agama yg sesuai sepanjang zaman. Biar Islam itu terus berkembang dengan teknologi dan sains. Segala Ajaran Islam yg terdahulu sebagai rujukan untuk kita zaman sekarang. Al-Quran dan Hadis itu juga menjadi tuntutan kita.