Peluang saksi Gerhana Bulan 1 Januari depan

Dec 18, 2009 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 12:07 PM

Petikan Metro, Rabu, 16 Dis. 2009

Peluang saksi Gerhana Bulan 1 Januari depan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian Gerhana Bulan Separa mulai 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari depan.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam, secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama, bulan melintasi bayang bumi.

Gerhana itu akan bermula dengan Fasa penumbra pada 1.17 pagi waktu Malaysia tetapi ketika itu, kesan kenampakan gerhana tidak dapat diperhatikan kerana bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

“Gerhana yang jelas dapat dilihat ketika bulan memasuki bayang umbra bumi mulai jam 2.53 sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi,” kata kenyataan itu.
Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan Program Gerhana Bulan Separa di perkarangan luar Masjid Negara mulai 1 hingga 6 pagi pada 1 Januari. - Bernama