Terengganu Jogging Spot : Bukit Besar [2 day in rows]

Feb 19, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 5:05 PM
Terengganu Jogging Spot kali ni membawa pembaca ke Bukit Besar, Kuala Terengganu....(saya pernah post entry masa jogging Bukit Besar dulu...). Bukit Besar ni terletak di pinggir bandar lebih kurang berhampiran Mydin Mall, Giant & Bangunan Mahkamah..

Jika melalui Jambatan Duyong a.k.a Sultan Mahmud, akan nampak satu-satunya Bukit yang tertera "Allah Peliharakan Terengganu"

Kami tak tahu berapa jarak menaiki Bukit Besar ni...tapi menurut papan tanda TM "awas kerja pembaikian 1000M di hadapan", "awas kerja ** 50M di hadapan"..jadi aku dapat agak ler jarak menaiki bukit ni dalam 1.2KM/1200M..mengambil masa kira-kira 15-20minit berjalan kaki sahaja seperti aku..huhu!

DAY#1 : Jogging Spot@Bukit Besar [17 Feb 10]

Keesokkan harinya kami masih "in mood" untuk berjogging..tapi kali ni lebih kurang di kaki Bukit Besar sahaja....Memang ramai yang jogging sini...tarian poco-poco pun ada, sepak takraw, bola sepak ala-kadar...
DAY#2 : Jogging Spot@Bukit Besar [18 Feb 10]


Kawasan ni ada le 'tools' untuk rehat-rehat sambil meredakan letih berjogging...hihi!
Macam biasa dalam 07:15PM lebih, kami bertolak pulang....

Balik je umah dengan niat 'diet' aku wat pilihan untuk 'dinner' makan nasi + gulai ayam @ makan roti+ telur...so, insaf jap lepas jogging kena la jaga badan supaya tua-tua nanti kurang ler penyakit harapnya....
Masakan yang 'simple' & senang jer....Roti cincah telur masak kicap...goreng telur->masukkan skit air->masukkan bawang->skit kicap+gula = siap!! Cincah dengan roti....
*********
Malamnya pula kami dengan hajat besar untuk minum air buah 'pior' gelas besar, tapi mendapat SMS daripada teman sekolah Joe untuk minum air buah gak...So, saya pun 'join' sama ler 'gathering' 2 orang pompuan+kami 3 lelaki = 5 orang minum air buah "pior".

Saya 'order' air buah naga "pior" gelas sederhana..kira-kira gelas setinggi pembaris pendek 15CM tu...harga agak berpatutan dalam RM2.50 kebawah....

p/s : DIET bukanlah kerana ingin turunkan berat badan@kuruskan badan..DIET dengan mengambil makanan yang seimbang dengan kehidupan, mengurangkan kolestrol dan lemak yang terhasil akibat tenaga yang tidak di gunakan...ia mungkin memberi kesan pada jangka masa yang panjang...so, amalkan GAYA HIDUP YANG SIHAT!

[menurut Cikgu sains saya dulu, orang gemuk tak semestinya kolestrol tinggi, orang kurus juga berisiko mendapat kolestrol tinggi.]

p/s : orang slalu kata, "ko dah kurus kenapa nak DIET?"...Saya fikir,"Saya DIET bukan untuk kurus"