Puisi Untukmu

Mar 4, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 5:05 AM
Khilaf dirinya yang terpinga-pinga
Pada siapa dia meminta
Kemaafan yang di damba
Itulah manusia yang sempurna rupa
Namun perasaan dan emosi yang cacat anggota

Insan sesama insan berhubung
Tapi kata dan laku yang terpesong
Sukar untuk ampun di junjung
Hanya masa mampu di sanjung
Mengubati luka yang di pasung

Itu namanya manusia
yang selalu lupa dan alpa
Sentiasa tersilap laku dan kata
Masa lalu jadikan pengajaran bersama
Masa depan itu sentiasa terbuka