Sesorang Merantau ke Johor

Apr 20, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 10:29 PM
Satu lagi 'journey' pertama aku ke Johor menaiki bas sesorang jer.....
Bertolak ke sana dari Kuala Terengganu Jam 09:00PG dan sampai sana sekitar jam 06:00PTG di Taman Sri Puteri, Johor...

Setelah tunggu seketika menanti kenalan aku jemput, tibalah beliau dengan kenderaan berenjin bertayar dua tersebut...Malam tersebut kami pergi 'survey' ke tempat bakal aku di temuduga .Bermula jam 08:00PG di Johor Bioteknologi, UTM-MTDC, Technovation Park,Skudai, Johor untuk jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Q27.


Dah habis citer malam tu, pulang lah kami ke Hostel UTM untuk penginapan aku...Pagi keesokkannya bangun awal untuk temuduga tersebut...Jam 08:40-09:40PG bermula ujian bertulis...Tak sangka lak aku coursemate aku pun turut hadir temuduga jawatan tersebut...Calon-calon terdiri dari 9 Orang..Seorang lelaki (aku) dan 8 Perempuan..
(Ujian bertulis tersebut boleh dikatakan soalan temuduga yang di jawab secara bertulis...)

Sekitar jam 10:00PG bermula sesi temuduga..dengan mengantuknya aku sabar menunggu sehinggalah sekitar jam 11:45PG tiba giliran aku....Alhamdulillah aku menjawab segala persoalan dengan baik (walaupun sedikit gagap2..)

Untuk temuduga kali ni aku rasa agak relax berbanding interview sebelum ni...Aku tak banyak sangat berfikir...Dah habis interview, aku call teksi untuk pulang ker Hostel UTM [kadar tambang RM8.50], petang tu layan movie "My Name Is Khan" ngan "Pokemon" jer..walaupun mengarut...


Selepas jer Isyak..kami gi 'dinner' skali ngan 'backpack' aku coz aku nak naik bas balik Terengganu isnin malam tu gak...Bila tanya jer kat Sri Puteri tiket ke Terengganu, "Dah Habis...."..Aku tercengang, panic jap, nasib baik la kenalan aku tu arif dengan Johor ni...so, dia minta aku naik bas kat Larkin (Stesen bas Utama Johor) dengan menaiki teksi lagi...[kadar tambang RM20..]
Sempat driver teksi tu berpesan, "Kalau ada orang kata kenal awak ke ajak minum ker JANGAN CAYA..."
Setibanya kat Larkin, aku dengan panic, kelam-kabut bagaikan anak ayam kehilangan ibunya..terpinga-pinga aku di tempat pertama kali aku jejak kaki di Larkin, Johor ni...Sampai jer kat Kaunter Transnasional.."Tiket Terengganu dah habis..."..
ALAMAKKKKKK!!
Aku terpinga-pinga lagi...tanya memana kaunter yang bas Terengganu masa itu juga..Akhirnya dapat juga lah tiket ke Terengganu jam 10:30MLM [Tiket Johor-Terengganu=RM44]..belum lega lagi rasanya...Walaupun aku was-was, takut tertipu dengan "ulat" ker...aku kelam-kabut mencari no.bas tersebut...

Dah jumpa bas, cari tempat duduk agak gelisah sehinggalah konduktor bas cek tiket dengan 'line clear' nya...Barulah aku dapat menghembus nafas lega....Sabar menanti untuk sampai ker Terengganu Tercinta...
Naik Bas dari Larkin, Johor = 10:35 MLM
Sampai Stesen Kuantan = 04:04 PG
Sampai Sempadan Terengganu = 05:01 PG
Sampai destiasi, Stesen MBKT = 07:12 PG

(anggaran 9 jam perjalanan dari Johor-Terengganu vice versa')