Selamat Pengantin Baru 'Ex-Housemate'ku

May 31, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 3:42 PM
Hari ni 29.05.2010 (saat taip entri ni) dengan perancangan yang teliti kami (ex-housemates) memulakan rombongan kami ke rumah pengantin (ex-housemate ketika zaman belajar) di Besut, Terengganu...

Ketibaan kami kena pada masanya ketika pengantin lelaki baru tiba di lokasi di payungi bagaikan raja menuju ke 'istana' permaisurinya.....Dengan beliau memulakan langkah, kami mengekori rombongan bersama...



Dengan di aluni muzik kompang memeriahkan lagi pertembungan dua sejoli ini di Mahligai bukti cinta dua insan....
SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA MURAH REZEKI
BAHAGIA KE ANAK CUCU


Alunan muzik bertukar...terdetik sebak gembira di hati melihat kenalan lama mendirikan masjid...

Sementara Raja & Ratu Sehari di renjis air mawar oleh ahli keluarga, sanak saudara terdekat, kami menikmati hidangan kenduri....



Di sertai cenderahati tanda ingatan kami melangkah masuk ke 'mahligai' pengantin beserta kamera digital merakamkan detik bersejarah ini.....



Kelihatan pengantin sungguh tenang, gembira menikmati saat pernikahan di atas pelamin

(kenapakah aku menulis dengan perasannya sungguh puitis sekali susun atur perkataan ku ini....? )


Selamat Pengantin Baru Anep & Fuzie
Semoga Bahagia ke anak cucu cicit etc...
Semoga Murah Rezeki



Rauf, Anep (Pengantin), Nazri
Aku, Areep, Saiful



p/s: kenapa aku tengok kebanyakan gambar pengantin yang di ambil oleh photographer ni lebih kurang jer possingnya......Buat masa ni la....
(p/s kritik photographer since aku belajar jadi observer sebagai Auditor : 1#nampak cam terburu-buru....2#nampak kurang mesra...3#mengambil pada sudut yang sama..4#tak versatile kan sudut amik gambar pengantin...5# kurang versatile kan possing pengantin..6#mcm tipikal jer...7#diorang dah upah photographer tu..7#rasa lebih sopan jika photographer tu tidak memakai 'cap'..harap pakai lebih sopan, menghormati majlis la..8#harap2 resultnya ok la... )