[1st Day] Lawatan Ke Kilang Roti High 5 Shah Alam

Jul 22, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 12:21 AM
[17-29 July 2010] Kami; program BEST Batch 3 dari Kolej TESDEC mengikuti lawatan ke SIRIM Shah Alam. Tiket & tempat tinggal di sediakan. Kami bertolak menaiki bas Konsortium jam 9.30PG di MBKT, K.Trg dan tiba di Hotel Laman Seri (Berhampiran PTPL Shah Alam - ni 1st time aku jejak kaki di Shah Alam-)


Malam tu kami rehat2 jer selepas "check in" kat hotel, aku stay sebilik 6 orang (ada 3 katil double size+2 bilik air). Aku rasa kepenatan jer, yang lain nampak cam 'excited' jer siap tido kul 3pg lebih semata-mata main Kad..huhu! tapi tak 'affect' aku pn coz aku tido dengan lenanya :)

Keesokkannya [18 July 2010], kami berkumpul jam 10pg untuk lawatan ke Kilang Roti High5!
Bangunan luarnya di penuhi dengan lukisan bagai purba Mesir (dan aku jadi 'translator' part time terang hierogliff tu..hahha!)


Sebelum di benarkan masuk melawat Kilang, smuanya 'possing' kalah duta roti High5..menarik la coz lukisan purba Mesir tu menggambarkan yang pemprosesan roti ni berasal dari Tamadun Mesir.

Selepas menonton video sejarah pembuatan roti, kami smua masuk ke dalam tempat galeri & pemprosesan roti*(kawasan ni DILARANG MENGAMBIL GAMBAR..so, takde gambar). Kami ada didedahkan bagaimana cara 'setup' kilang makanan ni masa dalam kelas so, sepanjang lawatan ni dapatlah kami bayangkan....


Tahukah anda yang roti seberat 100kg juga di jual di sini!!**
(ok!! **aku tipu jer....takdenya roti 100kg...tu diorang guna kanvas jer..)


Lawatan ke Kilang Roti High5 untuk Program BEST 2010 tamat pada tengahari jer...
Terima Kasih pada pihak High5 (Silver Bird) Company yang bagi roti percuma ..hehhe!
So, bermula tengahari sampai malam takde aktiviti..Selepas bas SIRIM hantar kami ke Hotel, berehat seketika, kami bercadang untuk jalan2 di KL.


Aku bertiga (yang lain berpecah ikut haluan memasing) naik komuter ke Bank Negara untuk singgah di PERTAMA coz kawan aku nk beli 'backpack' yang budget RM350-400 (bagi aku yang low profil ni..mahalnya! huhu...). Tapi takde harga berkenan lak, so kami teruskan perjalanan ke KL Sentral nak jupe 4 org lagi kawan kami tp 3 drpdnya 'cancel' lak..berempat jer kami ke Times Square.

Sepanjang dalam Times Square tu kami juz jalan2 jer..Nak tengok wayang takde cite best (aku dah review cite Despicable Me, Predators..macam tak berbaloi jer nak tengok...so, daripada kami bazirkan masa dengan tengok wayang, better kami jalan2..coz masa kami 'limited')

Masa ni kami temankan kawan aku sorang tu yang tengah 'dilemma' nak pilih kasut mana..dengan bantuan berjaya juga pakai kasut baru terus dari kedai. Kawan aku bertanya pada aku, "Taknak beli pape ker?". Aku,"Aku nak beli something la...". Definasi 'Something' tu aku pun tak tau nak cari per...so, kawan aku tu cadangkan ROMP!!

YESS!! Berjaya dapatkan "Something" yang berbaloi dari ROMP..nak tau? Next-next Update (kang takde modal lak aku nak update blog pasni...)

p/s: ingatkan nak sambung cite lagi tapi panjang lak citer so ..To Be Continue.....