Cont.: Lawatan SIRIM Shah Alam

Jul 22, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 3:33 PM
Kami tiba di Shah Alam pada hari Sabtu [17 Jul.10], Pada Ahad [18 Jul.10] kami melawat Kilang Roti High5, Hari Isnin [19 Jul.10], kami bertolak ke SIRIM Shah Alam pada jam 10 pg.


Kami hanya pergi di Pusat Teknologi Alam Sekitar & Bioproses, SIRIM mempunyai belasan bangunan. Menurut pengajar kami daripada SIRIM, waktu yang sebenarnya ialah menurut jam SIRIM. diorang dah 'calibrate' waktu mengikut perkiraan waktu dunia..

Sebelum menunggu makanan, kami di bawa melawat & melihat makmal & tempat proses di sekitar department ini di ketuai oleh Cik Hamidah & Dr.Jaafar.


'Pilot Plant' @ Kilang Pandu untuk 'scale up' kan proses.
Contohnya: diorang nak extract bahan aktif dari rumpai laut, rumpai laut di keringkan dan di extract di makmal. Setelah kenal pasti bahan aktif tersebut, ia di proses di tempat ini.

Antara makmal yang ada : Makmal Molecular (DNA), Makmal Ujian Haiwan, Makmal Kosmetik & Toksikologi, Makmal Biosensor etc.


Tikus makmal yang putih & besar..sebesar anak kucing!!

Semua pelajar di bahagikan 6 kumpulan untuk membuat kerja makmal dalam bidang2 yang di sediakan. Aku memilih skop DNA di Makmal Molecular Biologi. Sebenarnya bukan DNA kami analisis, kami cuma analisis kehadiran protein dalam sampel tumbuhan.
[akan UPDATE dalam next entry pasal Makmal Molekular Biologi ni]


Aktiviti kami cuma pagi- petang sahaja, jadi malamnya kami free, ada yang kuar dengan kawan mereka, ada kuar dating, ada main kad jer dalam bilik..Birthday aku belom habis lagi! Aku nak sambut birthday aku 9-31 July setiap tahun..Leh? haha! aku punyer suka la..asalkan aku hepi...Sunggu nikmat bila orang belanja, terutama bila kita celebrate something special...
Aussie Beef Stewed + Chocolate Brownies Walnut + Cafe Latte

Selasan [20 July 2010], Hari terakhir kami di Shah Alam..Pepagi tu kami dah 'check out' dari Hotel Laman Seri menuju ke SIRIM untuk meneruskan projek kami sepanjang pagi tersebut


[Masjid Biru -seperti yang di beritahu-]
Pada waktu rehat jam 12.30tghri, Penyelia makmal (Pn.Rafidah & En.Zool Hilmi) mengajak kami berempat (kumpulan DNA) untuk makan tengahari di PKNS (dekat jer trafic lite tepi SIRIM tu..boleh jalan kaki jer..tapi bila naik kete jauh lak nak pusing...)


-Masa ni aku tengan bentangkan aktiviti kami, sempat lagi amik gambar coz masa ni kami menunjuk sampel bagaimana protein tersebut di kenal pasti.-

Pada petangnya, semua pelajar & pengajar berkumpul di Bilik Mesyuarat untuk mendengar perbentangan pelajar mengenai aktiviti makmal masing2.

Sekitar jam 5 ptg, aktiviti kami di SIRIM selesai, sementara menunggu jam 8.00mlm untuk kami bertolak ke stesen bas, Kawan aku mengajak kami (group laki jer) pusing2 di sekitar PKNS. Ada la jugak aku beli barang untuk kraf aku skit.

Bye-bye SIRIM!

Tiba di stesen bas Shah Alam tu jam 8.16pm, pastu kawan aku sorang tu bertanya kan pada kaunter Konsortium mengenai bas kami TAPI dia kata, "Maaf dik, kami tak boleh bagi tiket coz tak bayar lagi ni..". WTH! camne pengurusan ni! takkan la tak bayar lagi. Selepas call kepada pihak kolej memang dah bayar, tetiba muncul wakil Konsortium Terengganu datang bersama bayaran! (Sudah jelas menunjukkan bahawa Pihak Konsortium Terengganu-Shah Alam takde 'link' yang professional)

Alhamdulillah semuanya selesai, bas bertolak jam 10.06mlm dan tiba di bandar K.Trg jam 06.16pg..Agak pelahan lah untuk bas yang bergerak pada waktu malam..