Lawatan SIRIM:Kami Analisis Protein dalam Makmal

Jul 23, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 2:59 AM
Ni hasil daripada kumpulan aku yang 'join' Makmal Molekular Biologi bawah seliaan Pn.Rafidah Saadun & En.Zool Hilmi Ibrahim dengan bantuan dua pelajar praktikal daripada UiTM Shah Alam, Husna & Sue



Aku 'try' terangkan camne proses analisis protein ni berjalan (setakat pengetahuan aku jer..)


Yang ni dari Makmal Mikologi (Mycology (from the Greek μύκης, meaning "fungus"). Dalam "test tube" tu terdapat kulat (fungi) yang telah di kenal pasti spesisnya.
(group aku cuma melawat makmal mikologi ni sementara tunggu gel mengeras)


Dua orang student praktikal sedang meng'extract' daripada fungi tersebut, di hancurkan bersama nitrogen cecair. (fungsi: tak tahu)

Dalam makmal molekular biologi kami, sampel telah di sediakan. Jadi kami hanya menjalankan analisis kehadiran protein dalam sampel tumbuhan (Temugiring, Temuputih & etc.-tumbuhan kategori halia, lengkuas, kunyit camtu la-)

Proses ni di kenali sebagai SDS-PAGE (Sodium Dodecyl (lauryl*) Sulphate Polyacrylamide Gel Electrophoresis)
Tujuan: untuk linear(samakan protein kepada bentuk sama) & cas yang sama


Mula-mula,Penyediaan resolving (bottom) gel (10%APS+30%acryamide+Tris Base buffer+TEMED+20%SDS +lupa lak)
Semua mengikut sukatan yang telah di tetapkan mengunakan micropipette.
Cermin electophoresis tu kena pastikan betol2 bersih dari sebarang habuk.
Setelah semua larutan di campur+di kacau, masukkan ke dalam electrophoresis cermin tu dan biarkan ia mengeras (biasanya dalam 30 minit)


Masukkan larutan dengan berhati2 supaya tiada buih terbentuk
(letak n-butanol untuk meratakan permukaan gel & menyingkirkan buih yang terbentuk)


Setelah bottom gel mengeras, wat top gel lak bersama dengan comb untuk wat 'telaga' bagi mengisi sampel nanti.

Bila sampel dah di isi ke dalam 'telaga' tersebut, masukkan dlm electrophoresis menggunakan 200volt constant selama lebih kurang 30 minit (sepatutnya 1 jam)
Lama kelamaan, sampel yang mengandungi dye akan turun ke bawah & band protein akan terbentuk. Protein tersebut akan di rujuk bersama dye protein marker.


Gel tersebut di masukkan ke dalam Bio-Imaging System untuk scan gambar & kami pun 'present' la aktiviti kami dalam bilik mesyuarat tu.
Klu tengok kat gambar tu, yang ada nampak garisan2 tu menunjukkan sampel tu ada protein (sebab kami guna penanda untuk protein)

Bila dah kenal pasti protein tersebut, pastikan protein yang dikehendaki kemudian lalui proses western blot dimana antibodi protein di kehendaki akan bertindak balas dengan antibodi tersebut menunjukkan kehadiran protein itu dalam sampel.

contoh protein yang diorang hendak kenal pasti ialah Tyroxinase, iaitu sejenis enzim yang menggalakkan pembentukkan melanin (yang menyebabkan kulit gelap). Jika protein Tyroxinase di kesan dalam sampel, jadi sampel tersebut tidak boleh di gunakan dalam produk pemutihan (sampel tersebut dari makmal kosmetik..diorang nak wat whitening product.)

p/s: makmal ni mmg kena sentiasa sejuk coz ada peti yang -20 darjah celcius...fuhh