Order Artistic Wire dari KL

Jul 1, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 11:48 PM
Hari rabu iaitu semalam sedang aku mengelamun dalam kelas tetiba ada satu SMS yang lebih kurangnya bertaip camni, :-
(aku telah delete SMS tersebut so, ingat2 lupa la....)
[no.017 unknown] : "sampai dok lagi barang hok kami pos".
[aku yang Blurr] : salah no.???
[no.017 unknown] : doh mu dok kenal aku? sampai dok lagi barang tu..
(aku bertambah blurr...aku tak amik serius dan tak budi pekerti jika no tidak diketahui)
[aku blurr lagi] : aku tak kenal mu kenapa mu nak anto barang ke aku.
[no.017 unknown] : doh mu dok simpang no aku nok kenal gane.ROhOk2.
(aku makin panas lak....!!)
[Aku yang memang blur] : Dah aku dok kenal mu bakpe lak aku nk simpan no. mu. SENGAL2.

SMS dari Sofi bertanya tentang barang aku tempah dah sampai ke belum..Aku pun reply la yang aku tak tau coz tak bertanya ke umah lagi.
Khamis: Hari ni aku balik kampung cuti weekend.....dan terus bertanya pakej aku..."Ada dalam bilik..."


Pakej besar yang di pos laju....Memang me'Maximum'kan ruang posmen je bawak kotak besar ni...rasanya bleh muat kepala hotak aku + 2 kepala lutut aku jer....


Padahal barangnya cuma ni! ehh..Barangannya ADALAH ARTISTIC WIRES berwarna SILVER...Yeayyyy!!!!!!!!!!!!! I got my "Babies"!! Lepas ni berstatus Bapak Tunggul la aku nak jaga benda ni....ARTISTIC WIRES ni rasanya agak RARE & susah di dapati...aku beli 2...satu saiz 20 Gauge dan satu lagi 26 Gauge (Gauge ialah unit diameter wire tersebut)...Walaupun harganya agak mahal...Aku anggap ia sebagai "Pelaburan" kepada sesuatu yang aku suka!!
pape pun, TERIMA KASIH BEBANYAK KEPADA SOFI dan [no.017 unknown] kerana sudi menerima ORDER jauh dari Terengganu ni....!!


p/s: Thanks in extra to Yet, coz memperkenalkan aku dengan Artistic Wire ni & memberi tunjuk pandu arah yang betul kepada Sofi dan [no.017 unknown] mencari Artistic wire ni di One Utama...(Lupa lak nama store tu...Curve Garden tak silap....)