Bila seorang "Loner" masuk Gym 1st Time

Aug 22, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 12:09 AM
Hari Jumaat lepas tanpa berfikir panjang aku bertanyakan kawan pasal Gym di TER ni..Since aku tak tau kat mana lagi ada gym di K.Terengganu ni (bila budak kampung yang poyo ni masuk gym)
So, bertemankan kawan aku a.k.a gym buddy ni biasa gi gym sana dalam jam 10.00malam, aku mengambil kesempatan sekali untuk mula berjinak-jinak dengan gym ni (AWAS! Jangan berjinak-jinak dengan JIN lak!)..
Jadi dengan tunjuk ajar dia memperkenalkan cara guna peralatan (walaupun tak semuanya), bolehlah budak kampung ni dengan jakunnya main peralatan gym buat kali pertama seumur hidupnya.

Gym TER (Terengganu Equestrian Resort) ni bertempat di Sport Complex yang juga mempunyai Kolam Renang (aku biasa gak datang kolam renang sini), Bowling (tak try lagi), Badminton, Squash, Ping pong dan Snack Bar (tak tahu pekebenda ni). Ada juga gelanggang Polo, Inn (kecik jer macam hotel tumpangan jer)
Bayaran untuk Gym ni agak mahal berbanding di KL (menurut salah seorang kawan di KL) iaitu bayaran sini harga biasa RM10, tapi tak pasti la coz ada tulis promosi dengan RM5.
(mungkin di TER ni merupakan tempat agak eksklusif dengan Membership Clubhouse nya...dan mungkin juga di Kuala Terengganu ni kekurangan Gym..)
..::::WELCOME TO SPORT COMPLEX:::..


Malam yang kami pergi ni nasib la tak ramai orang sangat, kurang dari 10 orang..okay la tu..aku tak suka sangat ramai orang dan aku boleh la try guna alat-alat tu..TT__TT. Tapi menurut kawan aku tu kebiasaannya ramai gak...

p/s: masih terasa sakit lagi bahu dan betis ni..tapi utk 1st time & 'loner' macam aku kurang exercise ni..ok la..sakit2 badan tu la tanda exercise itu bagi kesan pada badan..

p/p/s: semasa aku google keywords,"gym for beginner", terjumpa la link ni..sebagai bacaan untuk Beginner macam aku ni.."Do and dont's for beginner","gym tips for beginner",
Link tu ada kat sebelah bar ni atau klik sini: