Durian Party! bersama pelatih MARDI (anjuran FAMA Terengganu)

Aug 13, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 4:39 PM
DURIAN PARTY!! (pernah dengar tak?)
'Durian Party' ni di anjurkan oleh FAMA pada 9 Ogos 2010 bertempat di Bangunan FAMA,Pulau Kambing (mbekkkk!!)..Semua di bawah Kementerian Pertanian Malaysia Terengganu ni di jemput hadir bagi memeriahkan parti durian ni. Termasuklah MARDI (tempat aku praktikal)

[uishh! bulan2 pose pun update pasal makanan..ishk!! sabar lah yer..haha!]

Pada hari ni hari terakhir Mini MAHA di Taman Syahbandar, K.Terengganu. Selepas singgah di khemah MARDI, dalam kul 2.30 ptg, kami bersama 3 org staff MARDI bergerak ke FAMA untuk menyantap durian..Tapi aku dah makan nasi bungkus yang staff ni bagi...aishkk!!


Semuanya menikmati buah-buahan tempatan ni; ada manggis, dokong, duku, rambutan dan semestinya DURIAN..Durian yang banyak! banyak jenis lak tu...Menu sampingan ada pulut durian.(dah terliur aku taip entri ni...huhu)


Budak tu praktikal skali ngan aku..no scandal2 yer...


Budak-budak praktikal dan staff MARDI menimati hidangan buah-buahan


Durian yang banyak!! aku tak dapat makan banyak coz dah kekenyangan makan nasi lunch tadi.


Sape la budak poyo tu...poyo btol la budak poyo ni!


ishk! gambar budak poyo ni lagi..menyemak je dalam blog aku...staff MARDI tu memang kuat je makan durian..dari sampai hinggalah nak balik aku tengok tak de henti-henti makan...haha!