Fossil Cicak Berusia berjuta-juta Saat di Temui!!

Aug 29, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 8:00 AM
15 Ogos 2010, Kuala Terengganu - Fossil cicak rumah yang dijangka berusia berjuta-juta saat telah di jumpai di celah pintu MARDI Kuala Terengganu oleh seorang pelatih di sana. Menurut beliau, ketika  menjumpai fossil tersebut, beliau sangat terkejut yang amat sangat kerana mendapati rangka haiwan terbabit melekat di celah pintu.
Gambar amateur ini berjaya di rakam oleh pelatih tersebut menggunakan kamera telefon bimbit Sony Ericsson K770 miliknya. Menurut pelatih tersebut, jika berdasarkan warna rangka dan kekeringan fossil, ia mungkin telah berada di situ melebihi beratus ribu juta saat! 
 Menurut pelatih MARDI Kuala Terengganu itu lagi, bukan sahaja fossil haiwan itu ditemui, malah fossil telur cicak juga di temui di celah kepingan bata yang berusia berjuta-juta saat itu!

-Sumber homosapiensz.blogspot.com oleh Mr.Homosapiensz-