Mini MAHA bersama pelatih MARDI a.k.a Mr.HS!

Aug 12, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 6:20 PM

Kembali kepada catatan Mini MAHA yang di adakan di Dataran Syahbandar bermula 6-9 Ogos 2010. Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) ni mempamerkan pelbagai inovasi agriculture negara terutamanya di Terengganu. Kehadiran pengunjung amat memuaskan terutamanya di hari minggu..


Antara pameran diadakan adalah pelbagai jenis minuman, herba, makanan tradisi segera serta barangan kraf, pameran pameran pertanian juga mendapat kunjungan ramai. MARDI sendiri mempamerkan kordial jambu, kordial mangga serta minuman rambutan (kami la yang wat semua tu..)


Terdapat juga aktiviti diadakan antaranya pertandingan kupas nanas, pertandingan membuat ketupat dan membuat emping beras.


En.Khalid juga memasuki pertandingan mengupas nanas dan mendapat tempat kedua!
Di khemah MARDI terdapat mesin untuk Nanas, pameran pelbagai jenis buah yang kita sendiri belum pernah lihat dan dengar buah-buahan tersebut.



Selain dari pertanian, terdapat juga bahagian veterinar..Terdapat juga anak puyuh, beberapa jenis lembu dan kambing, ayam belanda, ayam serama etcetera.


Ada Ayam Sutera ni bernilai RM500 sepasang! bulu 'fluffy' jer macam kucing..


Lembu ni tak pasti lak nama apa tapi seingat-ingat macam nama kereta jer..baru umur setahun ni..Yang pakai t-shirt berkolar hitam putih tu la budak praktikal kat MARDI tu...hehhe..


p/s: pasni nak update pasal aku membuat taufu fa, air soya dan cincau...