4H 3M : Habis Sisa Cuti kat KL/Selangor

Sep 25, 2010 - ♛Posted by : Mr.Ix at 12:33 PM
 15-18 Sept 2010. Sepanjang tarikh ni berlaku perjalanan aku dari Kuala Terengganu-Kuala Lumpur/Selangor-Terengganu. Tak ingat lak 'flow skrip' citer ni tapi 'update' la stakat yang mampu yer...

 15 Sept 2010: Dalam kul 4ptg lebih aku tunggu kawan aku kat Pantai Batu Buruk untuk bertolak ke Selangor/KL. Sampai ke destinasi Pandan Indah lebih kurang jam 11.45mlm. Aku pun letih gak walaupun juz duduk jer...

16 Sept 2010: Since hari ni cuti Hari Malaysia, kami kuar agak "brunch time" la...(breakfast + lunch time). Mula-mula jalan kat One Utama Shopping Centre. Motif utama di One Utama ni adalah untuk singgah di kedai Craft Haven Enterprise coz menurut Sofi dan Yet, kat sini ada jual barangan buat craft. Dan dalam kes Mr Ix barang craft utama adalah 'Artistic Wire'. Dulu punyer susah nak explain jenis wire ni.Sekarang dah jupe nampak ok skit la hasil kraf.

Ternampak kat tengah One Utama ni ada tema "Kampung". Memang kreatif dia wat tema "Kampung" ni dalam Mall..
 
 Nampak memang realistik dengan pokok pinang, sawah padi, lumpur, rumput yang 'real'
Objective to Craft Haven Enterprise Accomplished!
Lepas tu kawan aku ajak singgah tempat yg banyak jual barang untuk persediaan perkahwinan tu.Macam Mall gak ..tak ingat nama lak

 Berjalan-jalans seketika nampak kawan aku tu merayau jer tengok Big Apple Donut. Donashi masih dalam promosi lagi . 9 Ketul untuk RM6.(normally RM11 klu tak silap)-sehingga 19/09/10 jer-
Rasanya lebih kurang tart telur jer cuma inti berlainan.
 (Menurutnya sedap Donashi ni...Bagi aku. ok la...tp tak leh makan banyak2 nanti muak.)

Lepas tu singgah Zohor jap di Masjid ala-Masjid Biru Turki ni...tak iingat lak katner..korang tau?
Menarik btol reka bentuk masjid ni...

 Then petang tu lepak jap kat Dataran Merdeka sambil tengok gelagak manusia dan bergambar....

  
Singgah Asar lak kat Masjid Negara. Kat sini aku dapat tengoklah kubur orang-orang kenamaan negara seperti Bekas Perdana Menteri Malaysia. Cuma kubur Tunku Abdul Rahman je takde coz di tanam di tanah perkuburan Di Raja kerabat Allahyarham la..

On The way balik, singgah kat Bukit Bintang jap tengok gelagat manusia, singgah kat Low Yat beli wireless mouse tu (ntah kenapa tetiba mouse aku tak gerak lagi..macam mouse lepas gak....huhu..aku x reti jaga mouse ker...)
Sambil minum tengok ada 'live band' kat penjuru kedai tu. Tapi bising la..susah untuk borak-borak..

17 Sept.2010 : Hari tu hari Jumaat takde gi jejalan memana sangat. Layan Movie jer 2,3 tajuk. Sambil beli tiket 'last minute' untuk balik Terengganu jam 10.00pg.

18 Sept.2010 : Malam tu layan Movie "The Expendables" (untuk kali ke dua) dan Movie "Salt" jer..Movie 'Salt' bagi aku agak biasa jer, plot cite dah leh agak cuma tengok untuk jalan cerita jer la. Aku tido jalm 4.30pg malam tu..hahhah! Dah la naik bas kul 10pg esk.
Dah sampai hentian putra dalam jam 9.30pg, tungu punyer tunggu punyer tunggu sampai kul 11pg baru ada pengumuman pasal bas yang bakal aku naiki ni BAS MUTIARA. Tup~tup kena aik BAS TAMBAHAN (BAS SEKOLAH) 
!@#$%^&*(*&^%$#@!@#$%^&*(*&^%$#@!@#$%^&*()(*&^%$#@!@#$%^&*()_)(*&^%$#@!~!@#$%^&*()(*&^%$#@! 
PUNYER BAS MUTIARA! BOIKOTT LA PASNI BAS MUTIARA! DAH LA NAIK BAS GONCANG-GONCANG JER..KEPALA AKU SELALU TERHANTUK NGAN SEAT.

p/s: terseksa sangat naik bas tu, nak kuar gi cari-cari anak ikan lak....anak ikan siam dah ada, nak cari ikan apa lagi ni....