Membuat Jeli Kelapa (Agar-agar)

Sep 14, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 11:33 PM
Pada suatu hari (berdasakan tarikh pada gambar), Papa bagtau Mama nak gi Kg.Padang Machang (rumah baru family kami yang dalam pembinaan) untuk amik kelapa (nyior) muda. pastu aku menyampuk la dengan sopan-santunnya orang tua bercakap,"Nak gi gak! Nak wat jeli...." <<---Papa ok jer...

Setibanya di kawasan umah ni (Pokok nyior, limau memang dah di tanam terlebih dulu sini....Buah nyior tu spesis yang warna oren camtu..jadi susah skit nak tau nyior tua/muda...maklumlah Nyior awet muda.)

Pokok kelapa ni jenis renek jer...Leh petik guna tangga jer...banyak gak tandan kelapa tu...(Opss...Nyior tu..)

Selepas kupas kelapa (nyior) guna alat pengupas (pengopek nyior). Memang dah dikenalpasti sebagai kelapa tua berdasarkan sabut kelapa. Jika kelapa muda sabun kelapa lebih padat.

Jeli (Agar-agar) Kelapa ni saje jer nak try. Kalau jeli kepala yang asal tak guna pun agar-agar ni.
Bahan: (% peratus bergantung pada kuantiti bahan)
 Air Kelapa 40-50%
Air Masak 50-60% (air kena lebih supaya lebih menjadi Jeli -tidak jadi agar-agar-)
Gula (Secukup rasa)

Isi nyior tersebut di parut (sepatutnya direndam dengan air gula...)
Agar-agar dilarutkan terlebih dahulu sebelum masukkan gula.
Selepas Agar dan gula larut..Baru masukkan air nyior. Biarkan panas sekejap dan tuangkan dalam bekas.

Bekas tu sebaiknya direndam tapaknya dalam bekas sejuk. (Nak cepat sejuk)
Dan Siap!! Agar-agar kelapa (tak jadi jeli kelapa la coz agarnya agak keras.)

p/s: nanti akan di 'update' cara-cara membuat jeli kelapa dengan bahan-bahan yang betol ye....yang ni cincai2 jer....hahah