[TEASER] Contestku yang Pertama] Monolog : The Contest

Sep 1, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 10:17 AM
[Teaser] Monolog : The Contest
Kini Mr.Homosapiensz mula bertatih untuk menulis Cerpen pertamanya yang di beri Judul "Monolog".
Sebenarnya dah lama nak wat cerpen sendiri ni sejak sekolah menengah lagi. Masa sekolah menengah tingkatan 5 dulu ada gak try wat satu cerpen (tulisan tangan) guna buku kertas kajang tu. Tapi bila di baca balik cam tak best jer terus buang. Hahaha!

Cerpen "Monolog" ni masih dalam penulisan (baru jer 5 muka surat). Penulisan cerpen berdasarkan lintasan akal, ilham, monolog, idea aku sendiri yang tidak dirangka atas kertas A4, tidak ada contengan kertas. Jadi tagline "Tiada Hujungnya" merujuk kepada aku sendiri tidak tahu bagaimana nak tamatkan cerpen ni. Manakala tagline "Mencari sumber" dan "konflik jiwa" merujuk kepada watak utama yang menghadapi konflik dalaman, sentiasa bermonolog dalaman mencari sumber penyelesaian kepada monolog tersebut. 
Kenapa dia sentiasa bermonolog? Dia sendiri pun tak tahu. Ilham?? Kenangan?? Mesej yang ingin disampaikan oleh suatu entiti?? Pembaca fikiran (Mind Reader)?? Psikik?? (<<----menarik gak ni..baru jer terlintas beberapa saat ni), Split Personality??

Cerpen ini masih dalam pembikinan. Jadi tiada spesific date untuk di siarkan kan. Jadi, sebagai promosinya, Mr.Homosapiensz julung kalinya menganjurkan 'Monolog : The Contest' bermula pada (akan di update pada entry OFFICIAL MONOLOG: THE CONTEST) sehingga (bergantung pada penyertaan) [ada ker nak join ni??]
Syarat-Syaratnya:
1. Buat satu Entry bertajuk  "Monolog : The Contest" dan publish di Blog anda. Jika tiada Blog, anda boleh menggunakan Microsoft Office Word dan emelkan kepada Mr.Homosapiensz.

Kandungan Entry / Tulisan:
2. Dalam entry @ tulisan anda perlu letakkan 'Banner' di atas.
3. Sertakan 'Link' Blog Homosapiensz / Link untuk Entry Contest ni.
4. Sertakan sekali "Link" referral anda. Dari mana anda mendapat tau "Monolog : The Contest" ni. (Secara tak langsung leh bantu 'up traffic' blog referral tersebut.)
4. Sertakan Gambar-sebarang gambar- dan Tuliskan "Apakah 'quotes' berkaitan mesej gambar tersebut. -Tidak Melebihi 50 Patah Perkataan-

Jadi, pembaca fikir-fikirkan dulu yer....harap dapat respon yang baik ler...huhuhu!

Hadiah: (Apalah Contest tanpa hadiah kan..)
Bilangan pemenang tidak ditentukan lagi..
"Hadiah Misteri menanti anda!!" <<---boleh tak nak kata camni??
Wat masa ni Hadiahnya adalah Seaglass (Kaca Laut) (juga terdapat dalam cerpen ini). Reka bentuknya (Design) masih belum ditentukan. Akan di'update' dari masa ke semasa..
Top-Up (Tambah Nilai) RM10
(ermmm..nak tambah hadiah apa lagi erk.....)
Promosi Blog Pemenang di Blog Mr.Homosapiensz yang tak seberapa glamour ni selama...ermmm..brapa lama yer....Sebulan cukup?Dua Bulan ker?
Mungkin juga "Quotes" & Blog anda akan disertakan dalam Cerpen Monolog ni ..hehhehhe
(Nak tau Apa Itu Seaglass (Kaca Laut)?? Nantikan penerbitan "Monolog : The Contest" ni)

p/s: Anda tak perlu menjadi salah seorang 'Followers' Blog Mr.Homosapiensz atau menjadi 'Friends' di Facebook Mr.Homosapiensz untuk menyertai "Monolog : The Contest" ni. Tapi anda mungkin ingin mengikuti perkembangan Cerpen "Monolog" ni. ^__^

p/p/s: Warggghhhhh!! serabutnya aku tengok entry ni...tak official langsung!! kena kemas kini ni bagi official Contest! Sorry...Sebarang cadangan AMAT di alukan sebelum CONTEST ini bermula secara RASMInya..