Cubaan Lawak Bio.Marin#1: Ditahan Polis Trafik (Lesen)

Sep 6, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 8:15 AM
Seorang lelaki sedang menaiki sebuah Kereta Penyu Belimbing* berpendaftaran WXY 9999** dengan memakai goggle, snorkel dan menyedut oksigen gas dari tangki yang berada di sebelah kerusi depan dan kemudian di tahan oleh polis trafik.

Polis : oppsss....Stop!!
Incik : Selamat Pagi Incik (Sambil tersengih-sengih kerang Anadara sp yang busuk)
Polis : (sambil menjeling dengan mata terbeliak bagai ikan buntal Boxfish) Mintak IC dan Lesen.!
Incik : (Bagaikan Seahorse Hippocampus sp. Incik itu memucungkan diri sambil menbelek-belek dompetnya mencari Lesen serta IC beliau.)
Polis : (Dengan gigi jongang trigger fish, Polis itu mula naik angin bila tengok Incik itu terhengeh-hengeh) Cepat lah!!
Incik : Baik…Baik Incik……Nahh..(sambil menghulurkan IC dan Lesen beliau)
Polis : Ermm..(sambil mengeluh, mukanya mula berkerut gamat echinoderm Holuthuroidae). Sila keluar sekarang!

Incik itu mula buka pintu kereta dan berjalan keluar dengan memakai fin –kaki itik- sambil terkedek-kedek. Skali lagi Polis itu terkejut Sotong Octopus dan terus menyemburkan dakwat pen di atas buku samannya.
Incik : Apa salah saya Encik? (Macam jellyfish yang tiada otak Incik itu bertanya.)
Polis : Pertama, Awak memakai pakaian yang menjolok mata. Kedua, Awak tidak memiliki lesen yang sah. Ketiga, Awak ditangkap basah.
Incik : Tapi! Saya berpakaian menutup aurat la ni, Encik. Kan saya dah bagi lesen antarabangsa saya tu. Saya sorang jer yang  naik kete penyu belimbing ni Encik.
Incik itu mula menyuarakan rasa ketidakpuas hati beliau kepada pegawai polis yang menyaman beliau itu.

Polis mula menggelengkan kepala. Dan terus call.
Polis : Plankton#1 kepada Plankton#2 Over!!
Radio : Plankton#2 kepada Plankton#1.Over!!
Polis : Plankton#1 melaporkan di sini terdapat seorang sakit jiwa. Diminta hantar van dengan kadar segera.Over!
Radio : Laporan diterima. Roger & Out!

Incik itu masih dalam keadaar nitrogen narcosis lagi. Kenapa ada sakit jiwa lak?
Polis : Maaf Incik, Anda terpaksa kami tahan berhubung dengan laporan seorang sakit jiwa yang terlepas dari Hospital. Harap anda bekerja sama.
Incik : Tapi Encik?????
Polis : Pertama, anda memakai diving suit yang ketat menjolok mata di tengahari panas terik ni. Kedua, IC anda dalam pemerhatian kami dan lesen antarabangsa anda itu merupaka lesen Open Water Diver sahaja.Bukan lessen memandu. Ketiga, kami mengesyakki anda merupakan seorang pencuri ikan Badut si Clownfish di akuarium KLCC dengan bukti kerusi kereta anda basah.
Incik :  Tolonglah Encik.....Saya tak bersalah!!!
Polis itu terus menggari dan terpaksa mengheret Incik itu bersama oxygen tank nya yang berat sementara menanti van  dari hospital sakit jiwa tiba.