E-Mel Raya daripada Nuffnang Kepada Bloggers

Sep 10, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 9:45 AM
Cuaca pagi raya di Terengganu ialah Hujan rintik-rintik...Awan mendung masih menyelubungi permukaan langit Terengganu. Pagi ni aku pakai Baju Melayu tahun lepas punyer bewarna MERAH.

Buat Semua Bloggers, Silent Readers dan Viewers,Sekali lagi aku ucapkan,
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN"

Assalamualaikum buat semua ahli Nuffnanger yang dihormati,

Menjelangnya bulan Syawal, kami di Nuffnang ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam terutama sekali kepada mereka di dalam komuniti kami.

Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan dan  kesulitan yang telah berlaku sepanjang perkhidmatan kami, sama ada secara sedar atau pun tidak.

Segala sokongan yang anda telah berikan sebagai ahli komuniti Nuffnang amatlah dihargai dan kami berharap anda semua dapat berkongsi kegembiraan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan di musim perayaan tahun ini.

Salam Aidilfitri buat anda sekeluarga.

Maaf zahir dan batin.

Daripada Warga Staf Nuffnang


Nuffnang - Asia Pacific's First Blog Advertising Community

Mood : Sedang mendengar lagu raya.
p/s: copy paste daripada emel Nuffnang kepada aku...