Jadi Chef pada Raya Ke-3 (Spaghetti + Jeli Perisa Buah)

Sep 24, 2010 - ♛Posted by : Mr.Ix at 9:57 AM
Kisah Raya Aidilfitri ke-3 lepas. Memang dah terlintas di benak fikiranku untuk masak spageti ni pastu Mama minta aku masak spaghetti untuk raya ke-3. Jadi, TERpaksa la aku ke Mydin Mall untuk beli barang2 tersebut. Biasanya aku beli yang timbang TAPI kali ni di musim2 perayaan ni pengunjung di Mydin Mall melebihi dari tahap NORMAL...jadi, beli yang dah 'packed' jer. Hampir sejam gak terperangkap dalam Mydin Mall tu..huhu

Keesokkan paginya (Hari Raya Ketiga), aku bangun macam biasa terus masak spaghetti sendiri (coz Mama tak biasa masak spaghetti ni....Thax to Yet yang memperkenalkan spaghetti ni...hehhe)
Sebelum lebih lanjut, perkenalkan chef anda kali ni dan untuk berkali-kalinya serta seterusnya.....
Mula-mula masak kuah spaghetti tu memang aku tak pakai apron. tappi disebabkan aku memakai baju putih dan masa nak kacau kuah tu, sos dia terpercik ke baju aku...huhu..jadi kenalah pakai apron...
Kali ni masa untuk dua kali ganda iaitu dua bungkus spaghetti. Dalam masa satu hari tu. HABIS jugak semua spaghetti tu hasil masakkan aku. Hehhehe! Satu kepuasan juga bila hasil masakan dinikmati habis.

Lepas jer wat spaghetti tu, aku cuba untuk wat jeli menggunakan perisa kordial buah-buahan pula...
Kuantiti air = 3 Liter
Hasil = 22 Bekas
Perisa: Laici, Barli, Sunquick, Jambu dan Epal
Tapi jeli kali ni tak mendapat sambutan coz agak kurang kemanisanya..aku pun tak brapa suka...jadi untuk habiskan hasil ni dari membazir, aku hancurkan jeli-jeli tersebut dan campurkan ke dalam minuman kordial....Sedap jugak Jeli campur minuman ni..Macam Nata de' Coco la....


p/s: rasanya semalam dah 'schedule' dah post ni...apasal tak publish lak...huhuhuhu..kena publish secara manual lagi...

p/s: pagi yang hujan di pagi jumaat....