Kopitiam Pok Wan Ganu Kiter!

Sep 2, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 5:35 AM
Minggu lepas aku wat kali pertamanya singgah perut aku di POK WAN KOPITIAM di Gong Badak ni atas cadangan sorang kawan aku tu....
Kopitiam ni terletak berhampiran Hock Kee Seng Gong Badak (Jalan nak ke Unisza Kampus Gong Badak & ke UMT)
Jika lihat pada tanda tersebut, POK WAN KOPITIAM ni mempunyai kemudahan WiFi. Layanan pun boleh tahan la..Ahad Cuti yer....Masa aku tengah menunggu 'order', aku memerhati gelagat persekitaran Kopitiam ni. Kebanyakkan Pelanggan terdiri daripada golongan agak berusia. Maca re-union plak diorang. Mesra jer antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. 
Hampir 85% Terdiri daripada pelanggan Lelaki. 40% Terdiri daripada Keluarga dan 60% lebih kurang dari sahabat handai. Pekerjanya kebanyakkan nampak lelaki jer. Kenapakah begitu? Mungkin lelaki lebih cepat buat kerja? Mungkin juga........

Kemesraan mudah kelihatan. Sungguh klasik kopitiam ni. Sesuai untuk santai-santai bersama kawan, sahabt handai. Sini juga terdapat makanan Wester. Aku order Kopi KAW! + French Fries (Macam Biasa), Kawan aku lak order Bihun Singapore (tak silap la), tapi rasanya agak tawar jer. Harga disini memang "Kopitiam Standard" la tapi ramai lak pelanggan dia erk..
Tengah aku minum-minum sambil tengok gelagat manusia, nampak seorang pekerja berusia yang bersungguh-sungguh melayan pelanggannya. Siap angkat kerusi, meja untuk pelanggannya. Dan Dia tunggu siap sambil memanggil pelayan lain amik pesanan. Kawan aku berkata,"Tu la Pok Wan.". Kagum jap tengok bos sendiri 'turun padang"

Malam tu disebabkan aku minum kopi KAW! aku tak dapat tido sampai la jam 4.30pagi. Then bangun sahur lak jam 5.15pg. Lepas tu sambung tido bangun jam 7.15pg lak siap-siap gi kerja.Hehehe! Jadi aku tido kurang 3 jam untuk hari itu...Dasyat2! Lepas balk keje aku trus sambung tido sampai berbuka dan malam tu tido awal lagi.
p/s: padan muka ko tak cukup tido!