[OFFICIAL] Monolog : The Contest Begin!

Sep 3, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 11:00 PM
Sinopsis:
Adakah ia satu monolog? Ataupun satu mesej yang ingin disampaikan oleh suatu entiti? Ataupun bisikan entiti yang ingin menghancurkan hidupnya? Atau kekeliruan personaliti (split personality) dia? Nantikan penerbitan cerpen "Monolog", Eksklusif di Blog homosapiensz,blogspot.com. Mungkin terdapat pelbagai kejutan lagi kerana cerpen ini merupakan cerpen spontan Mr.Homosapiensz!

Saya, pemegang mohor-mohor pen, pensil dan pembaris mengumumkan:
"Monolog : The Contest" ini bermula! [03 SEPTEMBER 2010 (11.00PM)-31 OKTOBER 2010**]
Semua Pembaca, Blogger dan Sesiapa sahaja boleh menyertai "Monolog: The Contest" ni.

Syarat-Syaratnya:

1. Buat satu tajuk "Monolog : The Contest" dan publish di Blog anda. Jika tiada Blog, anda boleh menggunakan Microsoft Office Word dan emelkan kepada Mr.Homosapiensz.
2. Dalam entry @ tulisan anda perlu letakkan 'Banner "Monolog : The Contest"' di atas.
3. Sertakan (Copy-Paste) SINOPSIS Cerpen Monolog seperti di atas.
4. WAJIB sertakan 'Link' Blog Homosapiensz / Link untuk Entry Contest  dalan entry/tulisan anda.
5. Bagitau la dari mana anda mendapat tau "Monolog : The Contest" ni.
6. [UTAMA] Sertakan Gambar-sebarang gambar- dan Tuliskan "Apakah 'Quotes'/KATA-KATA HIKMAH berkaitan mesej gambar tersebut. -Tidak Melebihi 50 Patah Perkataan**

(p/s: anda boleh huraikan mengikut kreativiti anda untuk mempromosikan MONOLOG: THE CONTEST ni..)

CONTOH:
"Monolog: The Contest"((1)<<---Buat satu entry tentang contest ni)
(2)(Letakkan Banner)

Sinopsis: (3)<<---(Sertakan sinopsis yang di bagi)
"Monolog" menceritakan kehidupan Iqmal (watak utama) selepas kematian isterinya yang menghidapi satu penyakit misteri dan pada masa yang sama melahirkan anak sulung mereka, Adam. Sedikit demi sedikit rahsia perbuatan isterinya selama ini dibongkarkan dan diceritakan melalui teknik 'flashback' watak utama. "Monolog" yang dimaksudkan ialah, selepas kematian isteri Iqmal iaitu Aisyah. Iqmal menjadi tidak keruan. Hilang arah. Berlaku monolog dalaman antara fikiran positif dan fikiran negatif. Selepas itu, monolog itu semakin menjadi-jadi walaupun bukan kehendaknya.  Adakah ia satu monolog? Ataupun satu mesej yang ingin disampaikan oleh suatu entiti? Ataupun bisikan entiti yang ingin menghancurkan hidupnya? Atau kekeliruan personaliti (split personality) dia? Nantikan penerbitan cerpen "Monolog", Eksklusif di Blog homosapiensz,blogspot.com. Mungkin terdapat pelbagai kejutan lagi kerana cerpen ini merupakan cerpen spontan Mr.Homosapiensz!

Saya dapat (5) tau contest yang ntah pape ni dari Blog Homosapiensz (http://homosapiensz.blogspot.com). Contest yang ntah pape ni di anjurkan oleh Mr.Homosapiensz (4) yang ntah paper gak...Kalu korang berminat nak join contest ni leh la usha blog beliau yang ntah paper tu....Klik LINK ni

(6) Sertakan gambar (Sebarang gambar la...ni Contoh jer.)
Pastu sertakan "Quote"/Kata-kata hikmah mengenai gambar ni..Contohnya: gambar ni mengenai Kaca laut. Kata-kata Hikmah: "Setabah kaca laut, sabar menahan panas terik mentari, ombak badai di atas hamparan pasir pantai yang memutih. Dikutip, diubahsuai dengan penuh kesabaran dan keikhlasan, supaya menjadi simbolik kepada erti ketabahan dalam menempuhi ujian hidup."

p/s: harap anda faham cara-cara menyertai contest ini ^___^

Hadiah: 
("Hadiah Misteri menanti anda!!" <<---boleh tak nak kata camni??)

Bilangan pemenang tidak ditentukan lagi..(Bergantung kepada penyertaan)

Seaglass (Kaca Laut) (juga terdapat dalam cerpen ini). Reka bentuknya (Design) masih belum ditentukan. Akan di'update' dari masa ke semasa..

Top-Up (Tambah Nilai) RM10

Promosi Blog Pemenang di Blog Mr.Homosapiensz yang tak seberapa glamour ni selama Sebulan**

"Quotes", Blog dan Nama** anda akan disertakan dalam Cerpen Monolog ni ..hehhehhe





Hantarkan penyertaan anda dengan tinggalkan PERMANENT LINK ENTRY (Address Link entry anda) anda di ruangan komen di bawah atau E-Mel kan kepada : homosapiensz@yahoo.com


p/s: Anda tak perlu menjadi salah seorang 'Followers' Blog Mr.Homosapiensz atau menjadi 'Friends' di Facebook Mr.Homosapiensz untuk menyertai "Monolog : The Contest" ni. Tapi anda mungkin ingin mengikuti perkembangan Cerpen "Monolog" ni. ^__^
p/p/s:(Nak tau Apa Itu Seaglass (Kaca Laut)?? Nantikan penerbitan "Monolog" ni)

Penyertaan anda amat saya hargai