[Revise] Berbuka Puasa di Rumah Kebajikan Warga Tua

Sep 27, 2010 - ♛Posted by : Mr.Ix at 8:15 AM
 Segmen 'Revise' mengulang kali aktiviti Ix di Bulan Ramadhan, MARDI telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Rumah Kebajikan Warga Tua , Kg.Tok Dor, Besut, Terengganu.
Aku bertolak pada awal pagi setelah dengan 'berat hatinya' ikut orang atasan naik van ke Besut ni seawal jam 10Pagi! Tu pun sebab 'Supervisor Bos' aku  yang tengah bercuti call  bahawa makcik tu call dia supaya kami ikut serta. Kalau tak,..huhuu Siapkan juadah berbuka jam 12ptg! Awal siot! Letih aku duk menunggu. Orang atasan tu lak suka hati jer balik. Datang awal-awal, tunjuk muka, potong2 sayur skit pastu blah.Pe kes makcik! Dah la muka beliau pun tak nampak masa berbuka puasa aritu..Tak puas hati btol aku kat makcik tu.huh!
'
 Selepas makcik tu borak-borang ngan pengurusan rumah kebajikan ni. Kami jalan-jalan tengok sekitar jap. Kat sana ada 'studentS' praktikal daripada MASTERSKILL.

Lepas siap-siap lah juadah untuk berbuka puasa.huhuhu~ Masak lauk gulai daging kambing, ayam masak merah, ikan goreng dan sayur.
Mulalah anak teruna macam aku ni dikerah untuk menyiang ikan yang banyak sebakul tu. Pastu ada makcik tu datang berkata,"Gunalah pisau, baru cantik skit..."<---cantik @#$%^..Hahah! orang nak cepat dan mudah.Lagipun ikan-ikan tu dah agak lama. Kitorang guna TANGAN jer..<<--Biasa la orang dah terer, menyiang ikan guna tangan jer...Poyoss!
Ada la menjawab ngan perlahan,"Biasa lah dah jadi Boss makanan, nak cantik jer..."



Kawasan sekitar Rumah Kebajikan Warga Tua.
Warga Tua di sini bukannya Rumah Kebajikan Masyarakat yang terima warga tua yang disingkirkan. Di sini lebih kurang asrama untuk warga tua tersebut, disediakan satu rumah di bahagi dua, duk seorang satu. Di sini mungkin kehidupan mereka lebih bermakna di temani rakan-rakan mereka berbanding ditinggalkan keseorangan dirumah manakala anak-anak pergi kerja.

Setiap warga tua yang ada di sini juga dikenakan yuran kemasukan lebih kurang RM50 sahaja seumur hidup. Ada juga kedengaran warga tua daripada Kelantan, Besut, Terengganu, Pahang yang menanti anak mereka jemput untuk balik beraya.
Sebenarnya kami tidak menyangka bahawa penduduk kampung juga dijemput hadir. Ingatkan semua cawangan MARDI jer. Yang MARDI Jerangau, Besut, Kemaman dan Kelantan tiba agak lewat. Hanya kami warga MARDI K.Terengganu jer yang menyediakan lauk serta hidangan ni...huhuhu~ 
Lauk dan tempat duduk tak brapa cukup coz maybe tak dirancang bebetul dan kami juga tak diberitahu (aku dah bertanya dah yer....)
Selepas jer solat maghrib, kami bebudak praktikal terus balik ke MARDI K.Terengganu dan tiba lebih kurang jam 9.00mlm.

p/s: orang atasan kenalah ada 'empathy'. Jangan suka hati jer nak arah-arah.