[Revise] Berbuka Puasa di Tian Kee

Sep 25, 2010 - ♛Posted by : Mr.Ix at 9:46 PM
 Pada suatu hari di Bulan Puasa Ramadhan lepas. ex-housemate a.k.a kawan aku ni mem'propose' untuk berbuka kat luar. Sejak kitorang berpecah dari rumah dulu, memang susah nak re-union (puyussnya...with U=O) di Kedai Makan Tian Kee (ia merupakan kedai cina yang Halal...). Dulu pun aku pernah skali di ajak kawan aku makan 'steambot' sini..not bad la....
Macam biasa aku menjadi 'photographer amateur'.
Kedai Makan Tian Kee terletak di belakang bangunan AmAssurance. Bertentangan Secret Recipe. Bersebelahan Batu Burok Resort. Dekat gak ngan benteng pemecah ombak. Memang menjadi tumpuan pengunjung Melayu dan Cina terutamannya. Tapi harganya boleh tahan juga la...

Menikmati hidangan berbuka puasa tajaan Areep (yang tengah tunjuk tu..). Disertai oleh Nazri (sedang amik kuah), Saiful (yang nampak tangan pegang sudu sebelah kiri gambar...) dan Mr.Ixbarr sendiri (yang mengambil gambar.)
Selesai menikmati juadah berbuka puasa yang lazat tu : Ikan Siakap (kerapu kot) Tiga Rasa. Sup taufu (lebih kurang la..), Udang masak tetttt (tak ingat) dan sayur kailan yang 'crunchy'.
Rate Mr.Ix: 3.9/5