Waterfront Baru Terengganu [under construction]

Oct 16, 2010 - ♛Posted by : Mr.Ix at 8:30 AM
Dah lama ke tak balik/datang Terengganu?? Kat belakang Kampung Cina tu dah ada 'waterfront' baru lak... Nampak Ri-yaz Heritage Hotel dekat Pulau Warisan namanya.
Tak pasti la apa diorang gelar tempat ni, jadi kita gelaran sementara:-
WaterFront Kampung Cina Pulau Warisan Terengganu
suka-suki jer bagi nama tapi takpe asalkan di fahami...

Cantik juga ada gerbang kat hujung ni..Bila naik jejantas gerbang tu menghadap muara Sungai Terengganu yang luas. Seberang muara tu ada Ri-Yaz Heritage Hotel. Tempat berlangsungnya Monsoon Cup. jadi kemungkinan Monsoon Cup Carnival akan di adakan di sini kot...Karnival Sua Rasa TV9 pun kat sini...Tapi IX tak gi pun coz padat dengan manusia sangat...huhuhu.

Kat tengah-tengah tu ada terusan yang boleh dilalui oleh bot. Rekaan gerbang/dinding tepi tu pun ala-ala Cina/Melayu design jer...Jadi ia menarik la...
So, jika anda berkesempatan datang ke Terengganu, Jemputlah singgah di WaterFront Kampung Cina Pulau Warisan

p/s: Mungkinkah pembinaan Waterfront baru ni supaya menarik lebih ramai pengunjung untuk menyaksikan sukan Monsoon Cup sebagai trademark Terengganu??