Cerita Kreatif [anjuran Ben Ashaari]

Nov 11, 2010 - ♛Posted by : Mr.Ix at 9:43 PM

Dengan kegatalan jari-jemariku mula menari hip-hop di atas keyboard ni nak reka konon-konon Cerita Kreatif ni!!.Tengok gambar dah tau kan siapa penganjurnya. Cepat-cepat sape nak join tu! Sebelum 12 tghmalam ni jer. Cinderella pun sampai 12tghmalam jer
 Erkkkk! Cerita Kreatif baru nak bermula ni! Semuanya berdasarkan gambar yang tersusun rapi ni. tak perlu guna Rejoice, cuma alignment posting Blog jer klu adik-adik Blogger nak tau.
image
Bagus yer adik2, senyum macam ni lak abang-abang, kakak-kakak blogger nak tengok..Lebar lagi! Lebar lagi!!! Ha...kan bagus Cik Pussycat Bell ni. Nak mulakan blog kenalah senyum, kalau nak tulis posting tension2, orang baca pun tak hepi!
image
 "Walaupun tandukmu sekontot kelingking, tapi lubang idungmu dan senyumanmu tetap ku kenang."
Walaupun blogging tak le seberapa berabad lamanya, try korang tengok kambing ni, mesti korang teringat sebelum tido sambil kira kambing...
1ekor kambing..2 ekor kambing...3 ekor kambing...4 ekor kambing....zzzzzzzz~~~
Hahaha! Kannn..Agak dah mesti korang tengah tersengih ni..Bagus2! Camtu la, tak kira blogger baru ke lama, tapi kalau entry tu hepi dan leh wat orang hepi, mesti la ada pembaca..

image
Zebra : Kita serupa!!!
Zirafah : Ehhh..tak sama la...kita kan spesis lain
Zebra : Sama jer...4 kaki, 2 lubang idung, 2 biji mata
 Zirafah :  argh!! tetap tak sama...!
 Zebra : Aku kan Zebra, Ko Zirafah..kan ada Huruf 'Z' gak..
Zirafah : So? Apa kaitan ko panjat tekak aku?
Zebra : tettttt............

Blogger baru @ Blogger lama, kita kan sama2 menaip, sama2 guna internet tapi cite je lain...Aku cite pasal Zebra, korang cite pasal Zirafah, Zebra leher pendek, Zirafah leher panjang.Tapi dua-dua ada 4 kaki. Kira ok la tu...Apa yang samakan kita ialah kita ada BLOG! Kan Ben kan?? aku membayangkan En.Ben Ashaari menganggukkan kepala sambil melurut janggutnya. (nak wat strike ke taknak?)

image
 Walaupun anjing comel tu ada kaki, beruk tetap jalan kaki dua..Ehhhh...apa kaitannya..tetiba jer...tak kisah la kaki tetap untuk berjalan.. 
Bad Monkey, Notty Monkey...
Takper-takper...Blogger pun sama, Ehhh..bukan nak kaitan ngn monkey and doggy tu...Maksudnya, walaupn Blogger baru ni tak larat nak faham pasal Blog ni, ramai jer Blogger-blogger Senior citizen yang leh 'dukung' korang melayari Blog ni...Kan Ben? (mesti Ben tengah lurut janggut lagi...--tak perlu strike la...hehe)
image
 Errkkkkkkkkkkk............
Tengah imagine kat mana posisi aku erk..tengah ke tepi skali...Kira tak tengah sangat kot, Blog aku pun takde lah terhimpit camtu sangat, trafic blog pun ala-kadar jer...leh la...Kannn...Bila dah comel mesti la ramai yang berhimpit-himpit nak tengok blog, maksudnya trafic blog la...comel tu kena la comel dari segi penulisan ker, comel layout ke, comel blogger ker (tettt..!)...comel dari segi tingkah laku.. NO Sentap-sentap..Nak komen pun NO critism overloading lak....



image
 Uittt....! Taknak la muka comel-comel berebut...Secomel blogger newbie kah? atau secomel Blogger senior citizen? anda yang tentukan..wahhh! Takper, pape pun, arnab ni tetap comel...Berebut wat entry baru takper, jangan nak berebut memburukkan orang sudah....Berebutlah wat benda baik, berebut wat benda jahat makan diri...tetiba terfikir, lama tak makan sate arnab..nyum-nyum!!
 (Arnab : "Whatttt!!!!")
image
Ni duk termenung ke tengah berfikir??
 Okay! Kita renung-renung kan la..(please dont do that face!! Okay! Please Do!!)
 Tak kisah Blogger baru ke Lama Blog tetap la Blog..Entry kenalah sentiasa Hidup, baru ada pembaca..Macam aku ni tetap join Cerita Kreatif ni kan...So Amacam kreatif tak? (Jika anda golongan Gorilla, Kucing, Kambing, Monyet, Anjing dan Arnab Undian anda tak di amik kira coz dikira berat sebelah coz ada gambar anda semua dalam entry ini...).
 TamaT