Lembu Putih Meninggal di Hari Raya Aidiladha

Nov 18, 2010 - ♛Posted by : Mr.Ix at 4:52 PM
 Hari Raya Aidiladha semalam 17/11/10, lepas jer Solat Sunat Aidiladha dan menikmati "Brunch"..Mama kata dia ada wat korban/aqiqah...Sembelihan berlaku di tapak perkarangan Masjid Kampung
 Aku macam biasa macam tunggul kayu yang berbaju melayu merah jer...takde sape yang perasan aku kot...
So, aku cuma amik gambar & video jer.
Merebahkan Lembu untuk dikorbankan. Macam takut-takut jer lembu ni coz dikerumuni oleh orang ramai yang kelaparan.
 Proses melapah kulit
Penamatan riwayat seekor lembu berwarna putih di perkarangan masjid, Sembelihan dimulakan dengan nama Maha Pencipta. Menghalalkan dagingnya untuk permbahagian kepada mereka yang layak. Sembelihan yang mengeluarkan darah-darah daripada terkumpul di dalam badan lembu. Mengelakkan pengumpulan bakteria yang mungkin memudaratkan pemakannya. Itulah HIKMAH SEMBELIH di sudut saintifik.
 Korang pernah nampak tak logo "K.O" yang tanda "X" sambil senyum terjelir tu??
So, dapat bayangkan kenapa icon "K/O" camtu???
Dah habis melapah, mula bahagi-bahagikan bahagian supaya senang untuk mengasingkan daging, tulang dan organ-organ lain.
Ni jer yang 'extra' dari hari biasa.. Selepas-selepas tu hariku berjalan seperti biasa.