Membuat Produk Salak di MARDI

Nov 21, 2010 - ♛Posted by : Mr.Ix at 5:43 PM
Phew~ Selepas seharian menghadap laptop ni menyiapkan website design aku yang ulung kalinya...., baru je nak update blog...Opss! Masih ada lagi yang tertinggal sepanjang praktikal di Stesen MARDI Kuala Terengganu yang tak baru gak habis 31/10/10 lepas.
Seingat aku ni masa dua minggu terakhir aku praktikal di MARDI ni, Kali ini Misi membuat produk berasaskan SALAK! 
Anda kenal Buah Salak? Buah Tempatan~ English Name dia : SnakeSkin Fruit.
Produk Salak ini di hasilkan bertujuan promosi sempena Karnival-aku-tak-ingat-nama-apa.....
Buah Salak ni diperolehi daripada Stesen MARDI Jerangau, Terengganu..(Yang mengkhususkan bahagian Pertanian)
Kali ni kami bernasib baik coz Kami perolehi isi Salak jer...Kalau tak, penat, sakit, calar la nak kupas kulit Salak yang agak tajam tu....
Produk Pertama :  Sos Cili Salak.
Bahan Mentah : Isi Salak, Cili, Bawang Putih
Macam Biasa semua isi salak yang ingin membuat Sos Cili Salak atau Jus/Kordial Salak hendaklah di kisar sehingga halus terlebih dahulu.
Kemudian, langkah-langkah berikut disusuli mengikut jenis produk yang hendak dihasilkan.
Keropok, Nugget Corbia, Cucur
Dah tak-berapa-penat wat keje tu, berehat sebentar sementara keropok tu ada lagi dalam peti dan Pagi tu sesaja nak alas perut wat Cucur Udang-kecil serta ada Tempat Proses Makanan satu lagi tengah wat, Nugget Corbia..Corbia tu nama genus untuk Haruan Tasik (tak silap la...)
Dan semestinya, menggunakan Sos Cili Salak!!
(Rasa dia lebih kurang Sos Cili Thai tapi kurang pedas...Sesuai untuk budak-budak...)
Sos Cili Salak yang sudah siap di proses, di pasteur dan sedia untuk promosi/jualan
Jus Salak yang siap di proses dan pasteur untuk tujuan Promosi/Jualan
 Ok. Dah takde lagi report semasa praktikal di Stesen MARDI Kuala Terengganu yang perlu dilaporkan dalam Blog aku lagi....
Nak gi sambung panjang bumbung umah nak cantas pokok bunga kertas yang menjalar naik ke bumbung...ishk! mendung nak ujan la plak....takde-keje-cari-keje...huhu~ 
Penat gak mengadap laptop duk design website untuk company veterinar ni...hehhe~ Poyo!
p/s: Baru-baru ni ada kuar Iklan Vacancy di MARDI..Ada gak isi beberapa jawatan, terutamanya Pegawai Penyelidik...AMIN!! Harap ada la rezeki..Korang pun doakan yer...Ramai2 doa, tak tahu yang mana makbul kan....Sebab tu bila jemaah berdoa, kita aminkan....