Buaya Makan Orang!!

Dec 19, 2010 - ♛Posted by : Mr.Ix at 3:01 PM
Melihat bapa sendiri menjadi makanan buaya 5 meter!!
Siapa tak sentap...

Tapi, ajal maut di tangan Tuhan kan...di mana-mana boleh terjadinya ajal...Naluri makhluk memang tidak boleh di jangka

Aku pun agak sentap baca Berita Harian Metro "Buaya Lambung Ayah"

Boleh bayangkan bagaimana Buaya memakan bangkai ? Sepertimana yang di paparkan di dalam TV/Video?

Macam mana lah anggota penyelamat nak gi cari mayat tu yer...Seperti yang dinyatakan, Buaya memakan bangkai...Jadi, mangsa yang di tangkap akan di sembunyikan di celah-celah akar kayu dan sebagainya, kemudian baru menjadi santapan Sang Buaya. Mencari mayat mangsa Buaya bergatung kepada nasib, jika bernasib baik akan jumpa yang yang terapung di permukaan air selepas beberapa jam...Jika tidak, kemungkinan mayat itu disembunyikan di dasar. (lupa kat mana aku di infokan pasal kenyataan ini....).

Para kaki pancing, orang kampung memang sudah sedia maklum bahawa, di mana ada Udang Galah, di situ ada Buaya.
Ini kerana spesis udang memakan cebisan daging daripada bangkai yang di bawa oleh Buaya. pernah nampak bagaimana cara udang makan? Udang mempunyai penyepit Besar (berfungsi sebagai "tangan" untuk memegang makanan dan mempertahankan diri) dan juga penyepit kecil yang terletak berhampiran mulut udang yang bertindak sebagai penyuap makanan masuk ke mulut.[info]

p/s: takziah buat keluarga mangsa.....

(Dengan ini, pencarian 300th follower di tutup..terdapat 3 orang blogger dalam SPECIAL FEATURE pasni....)