Jom Anugerah Skrin 2010!

Dec 24, 2010 - ♛Posted by : Mr.IX at 9:22 PM
Dah ada kat depan TV sedang menonton Anugerah Skrin 2010 yang berlintas langsund dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, tengok Awal & Vanidah sebagai Pengacara utama....(sesambil makan-makan, minum-minum dan siapkan seaglass ni)

Sedikit INFO: Anugerah Skrin 2010 [More Info Source : Berita Harian Online]


  • SEBANYAK 17 drama, 12 drama rantaian dan lima drama komedi dicalonkan pada ASK2010. Manakala 25 judul pula layak bersaing dalam kategori filem.
  • ANTARA drama yang bertanding ialah Taubat Nasuha, Bagaikan Sumayyah, Sebelum Akhirat, Masyitah, Kaki, Lillahi Ta’ala, Perempuan, Antara Garisan dan Selipar Jepun Suria.
  • ANTARA filem yang layak bertanding pula termasuk Momok the Movie, Muallaf, Pisau Cukur, Evolusi KL Drift 2, Papadom, Lagenda Budak Setan, Setem, Adnan Sempit, Kecoh Betul dan Santau.
  • BAGI kategori drama, sebanyak 10 anugerah menjadi rebutan iaitu Drama Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik, Drama Rantaian Terbaik, Drama Komedi Terbaik dan Videografi Terbaik.
  • KATEGORI filem pula menawarkan trofi Filem Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.
  • ENAM trofi lagi menunggu pemenang kategori penerbitan dalaman iaitu Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik, Rancangan Bual Bicara Terbaik, Rancangan Hiburan Terbaik, Rancangan Muzikal Terbaik, Rancangan Realiti Terbaik dan Laporan Khas/Berita Terbaik.
  • BUAT kali kedua, Anugerah Yasmin Ahmad diadakan dalam kategori Anugerah Khas Juri, bagi memberikan pengiktirafan kepada bakat baru yang berpotensi untuk melangkah lebih jauh dalam seni. 

  • p/s: dan IXbarr pun update secara langsung dari depan TV menonton Anugerah Skrin 2010...hehe
    p/s:beberapa puluh minit pertaman ni agak memang boring..SO, nak layan My Sassy Girl 2 depan TV ni la...

  •