Kritikan Menghina. BINATANGkah Mereka....?

Dec 13, 2010 - ♛Posted by : Mr.Ix at 2:24 PM
Kritikan yang membina.
atau
Kritikan yang menghina?
Bila dah di panggil Manusia yang di anugerahkan akal fikiran (di mana ia membezakan antara Manusia & Haiwan). Walaupun DNA Manusia dengan sesetengah jenis haiwan tidak jauh bezanya (lebih kurang 5% perbezaan)

"The conclusion is the old saw that we share 98.5% of our DNA sequence with chimpanzee is probably in error. For this sample, a better estimate would be that 95% of the base pairs are exactly shared between chimpanzee and human DNA." (Roy J. Britten*; Divergence between samples of chimpanzee and human DNA sequences is 5%, counting indels)

Jadi bersyukurlah apa yang Allah kurniakan kepada kita. Tak perlu lah  kita memperlekeh-lekehkan kejadian yang Allah cipta sejak azali lagi. Semua ketentuan Qadar & Qada' -Nya. 
Walaupun seburuk mana rupanya. Mahupun perwatakan semulajadinya.
Jika kita mempertikaikan kejadian Allah, adakah sama juga kita tidak tahu Bersyukur? 
Siapakah kita untuk menilai kejadian rupa bentuk ciptaan Allah? Kita hanya Manusia yang di kurniakan kelebihan berbanding makhluk lain.
Allah berfirman dengan huraian,Jika kita tidak menggunakan deria & akal kita sebaiknya, kita lebih hina dari haiwan ternakan.
Jadi, kepada KRITIKAN yang MENGHINA. BINATANG-kah anda?
Apakah HAK anda untuk menghina? (sama je dengan TEGURAN yang MENGHINA bukan MEMBINA)
Jadilah Kritikan yang membina yer... 
Jika dahulunya kita hanya seorang Bayi yang tidak mampu berbuat apa-apa, hanya menangis... Mengharapkan bantuan daripada orang lain terutamanya Ibu Bapa.

Contoh : 
Seorang yang sumbing mulut sejak kecil menjadi bahan ketawa, hinaan orang lain. 
"Hodohnya mulut ko!".
Seorang lelaki yang mungkin kelihatan perwatakan lembut sejak kecil di ejek dan di hina.Sedangakan itu bukan kehendaknya.

P/S: Kita adalah Manusia yang ada AKAL. Jangan menjadi bagaikan BINATANG yang takde akal.
.