[Malam Pertama] Daki Gunung Nuang, Selangor!

Dec 14, 2010 - ♛Posted by : Mr.Ix at 8:19 PM
..:: 03 Disember 2010::..
Ia merupakan keputusan last minute aku menyertai Ekspedisi Mendaki Gunung Nuang, iaitu gunung yang tertinggi di Selangor. Ekspedisi ini di anjurkan oleh GunungOnline.com di mana peminat pendaki menyertai forum GunungOnline tersebut.
 Pada malam 03 Dis 2010, Semua peserta berkumpul di kaki gunung; Trek Kuala Pangsoon, Hulu Langat, bacaan doa selamat dan mula berkumpul. Trip for Beginner (katanya...). Ini merupakan ekspedisi mendaki gunung aku yang pertama aku sepanjang hayat.Huhuhu~~
 Aktiviti mendaki bermula pada malam hari, jaraknya tidak di ketahui lagi. Semua 11 orang peserta bersiap sedia dengan minuman dan lampu suluh masing-masing. Kami pun mula berjalan lebih kurang 2 jam. Tempoh masa 2 jam memang tak terasa kerana di selubungi gelap malam dan kepenatan untuk beginner macam aku.
Sepanjang perjalanan mendaki ke Kem Lolo, kami dapat melihat sejenis kulat yang bercahaya! berwarna hijau luminescent.
  (Ohhh! Flash kamera terlalu bercahaya!!)
 Lebih kurang jam 1 lebih pagi, kami pun tiba di Kem Lolo Bawah, didapati beberapa kumpulan pendaki lain yang sudah berkhemah di Kem tersebut.
 Selepas berehat seketika, Abang Sham (Full Time Guider) serta beberapa peserta lain mula mendirikan khemah untuk kami tidur pada malam tu.
Walaupun kepenatan, aku tetap berasa excited kerana berpeluang merasai pengalaman ekspedisi mendaki Gunung Nuang, (1493m = 4898 ft), di mana terletak di Banjaran Titiwangsa. Terletak antara sempadan Selangor dan Pahang. Lebih kurang jam 2.30 pagi lebih kami mula berehat dalam khemah dan tidur. Bersedia untuk pendakian ke Puncak Gunung Nuang pagi keesokkannya...