Nasi Ayam Penyet @ Indonesia punyer......

Dec 3, 2010 - ♛Posted by : Mr.Ix at 5:57 PM
 Beberapa hari lepas aku di perkenalkan makanan yang dipanggil beras rebus bersama ayam campur rempah penyet atau lebih dikenali sebagai Nasi Ayam Penyet. Indonesia punyer franchise yer....bukan di Indonesia
 Ini adalah tempat makan bersila. Ala-ala melayu asli gitu.  Kat kedai tu ada tempat makan di atas kerusi dan makan bersila. macam style jepun yang ada meja rendah serta kusyen tu..
 Ni lah tempatnya: 
Ayam Bakar Wang Solo
Kedai ni merupaka franchise Indonesia. Pekerjanya pun indonesia. Terletak berhampiran lot kedai makan Galaxy Ampang.
Direkemenkan oleh kawan aku tu, 
Nasi Ayam Penyet + Soda Gumbira
(Ayam dia boleh dikatakan sedap gak.. Nasi Putih+ayam Penyet+terung goreng+tauhu goreng+tempe+sambal lada....Tanpa kuah yer...)

Ala-ala masakan kampung tradisional gitu....RATE : 3.8/5 since aku bukanlah peminat makanan pedas2...Bagi yang suka pedas, aku bagi RATE : 4/5
[Soda Gumbira tu ialah Soda Bandung. Bandung berkarbonat la...Sweettt!! Manis sangat..]

Ni merupakan makanan nasi pertama aku dalam masa satu minggu.
(satu minggu ni aku hanya makan dua kali jer nasi. Maklumlah nak diet nasi. Prefer gantikan nasi dengan selain nasi seperti roti & mee)