Piasa Suzuki AFF '10 : Milik Malaysia !!

Dec 30, 2010 - ♛Posted by : Mr.IX at 1:04 AM
Masih panas dengan kemenangan Malaysia buat julung kalinya sebagai Juara Piala AFF Suzuli 2010, Bloggers pun dah ramai update pasal kemenangan Malaysia vs Indonesia dengan aggregate 4-2...(Walaupun game tadi Indonesia menjaringkan 2 Gol, Malaysia - 1 Gol yang dijaringkan oleh Mohd Safee Sali.). Perlawanan sengit tadi berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia di tonton secara langsung dari TV1.
Permainan tadi memang agak mendebarkan la walaupun pada saat akhir tu kebanyakkan pemain macam dah kurang stamina dah...(pepandai jer aku komen..haha! Padahal kalau aku, 5 minit dah longlai.....)
 
 Pemain muda Malaysia 
 (Bukak Fan Page GoalKeeper Malaysia ni, makin bertambah lak orang LIKE, dah 85,534 orang dah, tak sampai sejam lalu 77,000++ gitu...Makin femes lak beliau di kalangan awek2 terutamanya haha..[Refresh: 85,778!])
Pape hal, Tahniah Buat Goal Keeper Malaysia ..walaupun terlepas dua, tapi dapat menghalang beberapa cubaan gol dari Indonesia

 Pemain Indonesia ...no komen

Apa-apa pun, Pemain Malaysia membawa pulang Piala dan US$100,000 tu...!! lumayan dong...
(Tetiba lagu ini kedengaran semasa Pemain di atas pentas:
We are the champions
We are the champions
No time for losers
Cause we are the champions - of the world
)

Penghargaan jugak Buat pengadil yang dari Australia, Thailand dan Myammar .
Mohd Safee Sali 
Top Scorer Award

Firman Utina
Suzuli MVP Award 
Pemain Terbaik 

Oleh kerana Pemain Bola Sepak Malaysia mengharumkan nama negara sempena kemenangan julung kali Piala Suziki AFF, PM mengisytiharkan Jumaat ni Cuti Umum!!
-Sumber Berita Harian Online-
P/S: Walaupun permainan tadi memang panas, di selingkan dengan zoom in kamera ke arah awek-awek yang hot...bertambah panas lak..hahahah