Sudah Mandi Pantai, Makan Chicken Chop

Feb 28, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 4:01 PM
27 Feb 2010
Saya rasa kan..brapa banyak 'entries' dah pasal pantai ni....walau bagaimanapun, saya tetap posting berkaitan pantai kegemaran saya ni..suka permandangan pantai yang menarik, pasir pantai yang halus...

tapi kali ni saya datang untuk makan sotong celup tepung dan mandi manda di pantai ni......

Sotong celup tepung yang liat...Sotong besar berharga RM6


Sentiasa di penuhi pengunjung pada hari minggu...Kat sini kami nampak ada orang wat 'rock climbing' kat bukit berhampiran

Pada waktu malamnya kami ingat nak makan kat Kedai Sup Herba tu....tapi tutup lak...kami pergi mencari kedai lain & kedai yang saya suka diorang punyer 'Chicken Chop" di NR Cafe...berhampiran jalan Airport..

Kekenyangan!

Butik Pengantin [Intro BLOG]

Feb 27, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 8:00 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca
Dengan ini saya ingin memperkenalkan satu
BLOG yang di uruskan oleh saya tetapi hak milik seorang kenalan.

(Click on the LINK)
BLOG ini memaparkan hasil kerja MAHLIGAI CINTA terhadap Pengantin; make-up, fotografi, pelamin dan sebagainya.

p/s : sesiapa yang selalu membayangkan suasana RAJA SEHARI ni...jemput-jemputlah melayari BLOG MAHLIGAI CINTA

p/s : BLOG MAHLIGAI CINTA ni masih dalah ubah suai....Harap sentiasa menyokong kami

[2P] Pesta Buku Terengganu & Pizza

♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 4:07 PM
25 Feb 2010-
Bermula 24Feb - 02 Mac 2010, bermula jam 09.39pg-10.00mlm, Terengganu Trade Center (TTC) sedang mengadakan Pameran Buku Terengganu....Dengan perasaan yang telah lama meninggalkan buku setelah habis blaja.. Terbuka lah hati jiwa raga saya untuk menyinggah di pameran ini...

Kami sampai dah kul 9.50 malam....berjalan2 sekitarnya sampai lah kul10.05mlm..Kedengaran penganjur meminta pengunjung beransur-ansur beredar memandangkan masih ramai pengunjung.


Sedang berjalan-jalan ke pintu keluar, terpandang lah majalah yang saya suka..KOSMIK & EKONOMI...walaupun edisi lama, tapi ilmunya tidak luput...harganya cuma RM1 sahaja! so, saya apa lagi...amik 4 majalah KOSMIK + 2 majalah EKONOMI....bila balik umah terus belek2 isi kandungannya memang amat berguna..antaranya e-NIAGA/BISNES ONLINE; BLOG: Kebaikan & Keburukan; STRATERGI PELABURAN; KEPUPUSAN HIDUPAN LIAR MENGANCAM NYAWA MANUSIA; MEDITASI MENGAWAL STRESS; JIKA HORMON TIDAK STABIL dan banyak lagi yang tidak saya baca lagi...(insya-allah pembacaan saya di kongsi bersama pembaca-pembaca blog ni....amin!)

*********************
Selepas ke itu dengan membawa KUPON PIZZA daripada TM, Kami pun beredar dengan perut kosong untuk makan 3 Regular Viva Pizzas ONLY RM33....


Sila menikmati pandangan yang menyelerakan sehingga menelan 'saliva' anda......hihi


p/s : thankx Mama & AhmadJoe yang sudi men'derma'kan skit sumbangan perbelanjaan ini....masing2 menyumbang! alhamdulillah!!

nota tertendang:// saya sedang mencuba 'image gallery" gadget untuk dalam 'entry'..sepatutnya 'image gallery' ni letak dalam 'java'html' widget....so, nak try letak dalam entry lak....tapi tak jadi lak bila di taip bersama...next post la....

New Layout! DeathNote Theme.

Feb 24, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 8:00 PM
[autopublish]
Seperti pelawat blog yang dapat lihat di page blog saya....
New Layout! (lagi...)
Blog layout ni bertemakan DeathNote.
Warna : Dark Purple, Black & White

Header ni masih dalam edit (ubahsuai)..kena la letak muka Tuan Blog ni..Biar orang kenal siapa penulis blog ni.....

Layout dulu memang menarik dengan tema'purple/violet'...tapi saya lihat ada masalah skit ruang komennya yang tidak teratur....huhu! Since, layout dulu warna gelap, so saya kena 'maintain' warna gelap ni coz banyak tulisan entry saya warna cerah...so, kena kontra la....

p/s : ni dah entry ke 300 dah...huhu

TAG---TAGGED---TAGGING

♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 2:15 PM
TAG--TAGGED--TAGGING
Dah lama tak main permainan 'tradisional blog' ni...
Peraturan :
(a) Tulis 23 perkara rawak (random) tentang diri anda (tak kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker cita-cita ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)
(b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)
(c) Kalau tak ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni...

-----1---cuma ingin di kenali sebagai IKMAL sahaja di dunia maya ni.-----2----agak tak banyak cakap---3----lebih banyak memerhati dan mendengar-----4-----dah habis blaja/konvo dalam sarjana muda sains (biologi marin)------5-----minat fotografi------6-------amat suka berenang-----7-------suka juga menyelam-----8-------BLOGGING menjadi satu kemestian----9------suka belajar--------10-----suka barangan seni kraf tangan gak-------11----klu ikut tahun 2010 ni, aku berumur 23 tahun-------12-----aku rasa aku dah tua berumur 23 tahun ni-----13------sangat mengimpikan keluarga lengkap & bahagia------14------ingin ada anak-anak & cucu-cucu yang comel----15-----suka tengok movie DVD di laptop-------16----kurang suka gi wayang tapi kalau gi pun layan jer-------17-----tinggi : 169cm----18----berat sekitar 57-59kg...maintain jer-----19----sukakan gaya yang "SIMPLE BUT NICE"----20-----kurang gemar pakai 'perfume' & gel rambut @ spray rambut----21-----tak pentingkan jenama, asalkan berpatutan & bergaya & mampu di miliki------22------lebih kepada alam----23-----sukakan pantai & air terjun.----


Nak 'TAGGING' kepada Blogger :
(a) Ahmadjoe (Walaupun sofi dah tagged budak ni)
(b) Ejaq the C1over
(c) Ashraf
(d) Id Chem
(e) Semua BLOGGER yang tak 'UPDATE' blog dia lebih dari 1 hari

Makan Sup Herba Di Terengganu

Feb 23, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 3:33 PM
Semalam (22/02/2010) dengan perasaan yang begitu-agak-lebih kurang-semangatnya untuk gi 'jogging'..Kali ni aku ajak my junior, Dominic untuk menemaniku...

Tempat Biasa : Bukit Besar ...
Agak ramai jogging pepetang..tapi ini bukan 'entry' utama untuk saya ceritakan...

Selepas je balik jogging, singgah kat rumah saya untuk mandi & 'lite dinner" bukan candle light dinner ok! dengan mee sup..Kami pun bertolak jalan-jalan cari makan-sesambil-lepak...Mula-mula nak gi kat The 2 Cafe (link); tapi tutup lak..Then, menghala ke Noradzila Conner..pun tutup...ni tempat last kami nak gi..nasib baik buka..my favourite place!

Kami 'order' satu Sup Daging herba tapi bahagi dua orang di makan bersama roti
(seperti menu di atas)
Harganya AMAT berpatutan dengan rasa, keenakan, kuantiti dan kualiti ..
CUMA RM5.50 SAHAJA!

Minuman pula, Dominic 'order' : Teh Bunga Ais; Manakala saya 'order' : Kopi Arab (Adunan Sendiri)-rasa kopi memang adunan sendiri..agak lain dari kopi biasa-
terlintas gak nak minum rebusan tongkat ali tu..air tongkat ali tu memang 'pure'...warnanya jernih tapi pahit...

Sup Daging Herba yang di masak bersama tongkat ali, gingseng dan herba terpilih lain bersama roti...
__memang sedap!! dagingnya pun banyak...supnya pekat krim..__
__saya pun order satu lagi sup herba ni untuk di bawa pulang...kuantiti yang bungkus agak sedikit...so, makan sini je la kalau nak banyak__

Tinggal sisa jer....Alhamdulillah!!

Dominic kata,"ingatkan nak makan sikit jer,,,tapi TER lebih makan lak...."..hehhee!

p/s : saya memang suka masakan ala-cina..maybe coz masakannya kurang pedas (biasanya cuma pedas lada hitam jer), kurang berminyak, kurang manis dan kurang masin.

Teka-Teki : Mana duit seringgit??

Feb 22, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 5:11 PM
A pinjam duit daripada B (RM50)+ C (RM50) = RM100

A membeli barang bernilai RM97 = Baki RM3

Daripada RM 3, A membayar hutang B RM1 (RM50-1) ; Bayar hutang C RM1 (RM50-1).

Jadi, jumlah Hutang A dengan B (RM49)+C (RM49) = RM98

Jika di campur nilai baki dalam tangan A(RM1) + B(RM49) + C(RM49) = RM99;

Jadi, ke mana nilai RM1 lagi untuk mencukupi RM100???


p/s : ada kenalan SMS aku soalan ni & aku sendiri pun tak tahu.....

Terengganu Jogging Spot : Bukit Besar [2 day in rows]

Feb 19, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 5:05 PM
Terengganu Jogging Spot kali ni membawa pembaca ke Bukit Besar, Kuala Terengganu....(saya pernah post entry masa jogging Bukit Besar dulu...). Bukit Besar ni terletak di pinggir bandar lebih kurang berhampiran Mydin Mall, Giant & Bangunan Mahkamah..

Jika melalui Jambatan Duyong a.k.a Sultan Mahmud, akan nampak satu-satunya Bukit yang tertera "Allah Peliharakan Terengganu"

Kami tak tahu berapa jarak menaiki Bukit Besar ni...tapi menurut papan tanda TM "awas kerja pembaikian 1000M di hadapan", "awas kerja ** 50M di hadapan"..jadi aku dapat agak ler jarak menaiki bukit ni dalam 1.2KM/1200M..mengambil masa kira-kira 15-20minit berjalan kaki sahaja seperti aku..huhu!

DAY#1 : Jogging Spot@Bukit Besar [17 Feb 10]

Keesokkan harinya kami masih "in mood" untuk berjogging..tapi kali ni lebih kurang di kaki Bukit Besar sahaja....Memang ramai yang jogging sini...tarian poco-poco pun ada, sepak takraw, bola sepak ala-kadar...
DAY#2 : Jogging Spot@Bukit Besar [18 Feb 10]


Kawasan ni ada le 'tools' untuk rehat-rehat sambil meredakan letih berjogging...hihi!
Macam biasa dalam 07:15PM lebih, kami bertolak pulang....

Balik je umah dengan niat 'diet' aku wat pilihan untuk 'dinner' makan nasi + gulai ayam @ makan roti+ telur...so, insaf jap lepas jogging kena la jaga badan supaya tua-tua nanti kurang ler penyakit harapnya....
Masakan yang 'simple' & senang jer....Roti cincah telur masak kicap...goreng telur->masukkan skit air->masukkan bawang->skit kicap+gula = siap!! Cincah dengan roti....
*********
Malamnya pula kami dengan hajat besar untuk minum air buah 'pior' gelas besar, tapi mendapat SMS daripada teman sekolah Joe untuk minum air buah gak...So, saya pun 'join' sama ler 'gathering' 2 orang pompuan+kami 3 lelaki = 5 orang minum air buah "pior".

Saya 'order' air buah naga "pior" gelas sederhana..kira-kira gelas setinggi pembaris pendek 15CM tu...harga agak berpatutan dalam RM2.50 kebawah....

p/s : DIET bukanlah kerana ingin turunkan berat badan@kuruskan badan..DIET dengan mengambil makanan yang seimbang dengan kehidupan, mengurangkan kolestrol dan lemak yang terhasil akibat tenaga yang tidak di gunakan...ia mungkin memberi kesan pada jangka masa yang panjang...so, amalkan GAYA HIDUP YANG SIHAT!

[menurut Cikgu sains saya dulu, orang gemuk tak semestinya kolestrol tinggi, orang kurus juga berisiko mendapat kolestrol tinggi.]

p/s : orang slalu kata, "ko dah kurus kenapa nak DIET?"...Saya fikir,"Saya DIET bukan untuk kurus"

"Jogging" di Tepian Pantai

Feb 16, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 7:55 PM
15 Feb. 2010
Dengan berpakaian trex & baju bundle...kami dengan gigihnya ber'jogging' di Pantai Batu Buruk..di belakang istana...kami tiba di sini sekitar jam 6.30 PTG dah...masih ramai pengunjung menikmati suasana pantai terengganu ni...


Walaupun istilahnya 'jogging', tapi cuma berjalan2 jer menikmati hembusan bayu di petang hari...
Photo's taken by ahmadjohairi


Tanpa sedar, setelah seketika kami berjalang dan berlari-lari anak...agak jauh kami menyusuri Pantai Batu Buruk...Cuaca sangat elok mentari pun telah sembunyi sebalik langit petang....meninggalkan jejak-jejak cahaya kemerahan....

Setelah seketika melepas lelah..sekitar jam 07:35 PTG, kami pun bertolak pulang beserta dingin peluh di hembus angin petang...Dalam 20 minit, kami tiba di rumah untuk makan malam serta solat...

'Picnic' Tepi Pantai

♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 1:51 AM
- 13 Feb 2010 -
Perkelahan di Pantai Pandak, Chendering Terengganu iaitu salah satu kegemaran aku di masa lapang...Sudah menjadi hidangan wajib -sandwich- untuk sesi perkelahan oleh 3 orang jejaka menikmati alam di pesisiran pantai berbatu ni....

Pantai ni juga menjadi salah satu lokasi penggambaran cerita "Merong Mahawangsa" (klu tak silap la....)...AKu geram giler bila tengok diorang pacak2 tiang atas batu tu...sampai rosak skit struktur alam tu..huhu...
Tambahan di musim cuti ni, memang ramai pengunjung menikmati pantai terengganu ni..maklumlah..dah duk merantau..mana la nak sama pantai negeri sendiri...


Kami cuma menikmati alam di atas batu-batuan yang indah terukir dengan ukiran alam...sambil menikmati hidangan 'sandwich' serta minuman...


Dengan penuh keazaman dan keyakinan, aku memakai dua lapis pakaian dengan niat ingin mandi pantai...melihat pada waktu dan suasana memang tak sempat...selesai makan sudah hampir terbenam mentari membawa bersama cahaya siang...air laut pula pasang..memang tidak sesuai untuk bermandi-manda...


Kami berlalu pulang..walaupun tidak sempat untuk aku menikmati sepenuhnya alam pantai dengan pepasir yang halus bak baldu menyeliputi kakiku...ombak yang menepuk badanku bagaikan menyambut kedatanganku ..

p/s : dah malas nk letak 'watermark' kat setiap pic...huhu

WiFi kat "The 2 Cafe"

♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 1:22 AM
Invitation from Ejaq da C1over to have snack at The 2 Cafe in this 12 Feb 2010's Nite...

Neslo ice and 3 layers of coffee were served cold....

During this Chinese New Years' Holidays..Most of the customers were chinese people whom gathered happily with their beloved family...some of them (including us) were hangout 100%...Just hangout..not the gathering...

Ordered by these two bachelors were Hailam Kuew Teow (eaten by ejaq da c1over) and.....

this all-way-long-midnight snack brought to me is French Fries! (there's word 'French' there!)

Surfing, chatting, searching, google-ing using free WiFi..i was like...WHOAAA!!! so D-word...! That wifi was extremely well-connected-through-my-windows...!! (i mean..my Windows XP!)

The 2 Cafe is well-strategic spot..owhh! almost forgot..this cafe is being open for 24 Hour...Its already 2 AM when both of us walk away from the cafe....

p/s : tetiba je tulis entry 'in english' pesal...menurut ejaq da c1over..pelayan kedai ni kurang faham bahasa melayu...bukan semua tapi sesetengah jer...

Bundle Tepi Pantai

Feb 14, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 2:58 PM
Hari Jumaat lepas (12 Feb 2010) merupakan hari minggu di kawasan Terengganu, Kelantan dan Kedah....
Selaku penduduk negeri Terengganu, dan kebiasaan aku yang tidak sangat terlalu biasa melawat tempat-tempat 'bundle' di sekitar sini..Kebiasaan jugak aku gi 'bundle' Pantai Teluk Ketapang (berhampiran lapangan terbang sultan mahmud-kot-)


Mencuba pakaian 'bundle' dengan selambanya...aku suka baju ni...agak ceria dengan warna putih-oren....dan telah menjadi milikku..huahhaha!! RM2 sehelai...bundle le katakan..sesuai untuk 'low-class' macam aku..hehe!

Aku juga beli seluar trex berharga RM10...dengan niat aku nak gi jogging...selama ni aku takde sluar trex rupanya...hahhaha!!

Setelah berjalan tak seberapa jauh, perut sememangnya lapar ke-gastrik-an...menyinggah le kami ke kedai akak jual 'nugget', keropok & goreng pisang (a.k.a gorpis-hehehhe-)..


Mengadap pantai Teluk Ketapang, menikmati pandangan, kemeriahan kanak-kanak bermain layang2, sahabat handai lepak bersama, keluarga bahagianya meluangkan masa bersama, anak-anak kecik bermain pasir, mengutip kerang-kerangan....


Tatkala air tembikai menyusuri alur tekak yang kehausan dan keropok serta goreng pisang mengisi perutku ni....ahhh!! ni la 'dinner' ku hari ni..goreng pisang+keropok lekor+air tembikai...kenyang!

Night Life with Prosperity

Feb 13, 2010 - ♛Posted by : Mr.Homosapiensz at 11:10 PM
11 Feb 2010
Lama punyer citer, sekarang baru nak update..apa daaa tuan punyer blog...ketinggalan btol!!!
Al-kisah kami mengidam nak makan burger prosperity di malam minggu di Terengganu...

Berjanjilah tiga sekawan untuk re-union kat McD berhampiran Mydin Mall...Sebelum tu kami, membeli sedikit barang di Hypermarket (kot) Giant...barangannya agak mahal membuatkan aku dah serik nak beli kat Giant ni..huhu..nyesal...

Meng'order' lah kami bertiga...burger prosperity daging (aku), burger prosperity ayam (ahmadjoe), Big Mac (ejaq da clover)

Tips daripada ahmadjoe di al-kisahka oleh sepupunya yang study sains makanan : Tips untuk mengurangkan karbonat gas ni letakkan sedikit garam..aku dah wat dah..jadikan...jangan letak banyak sangat nnti masin darah tinggi lak...haha!.

p/s : jangan cakap paper..XD.
Idea : Mr.Homosapiensz; Captured by : Ejaq da Clover

Spray of Sprite

"gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati"
Lepas tu merayau ke tempat biasa di Kuala Terengganu ni
Night Life - Weekend Night @ K.Terengganu
Location : Taman Syahbandar & Taman Batu Burok

Macam biasa malam minggu @Terengganu..mmemang tak sah kalau takde mat rempit ni...siap konvoi reramai slow-slow sepanjang jalan..apa le motif diorang.pastu tak berkecuali yang berlumba di sepanjang jalan...