AKU INI LELAKI...LELAKI INI ?

Jan 18, 2011 - ♛Posted by : Mr.IX at 6:56 PM

Sesaja nak Join Segmen Simple dari Well-Known Blogger ni...Tengok Banner pun dah tersergam dah nama Blog Beliau...Kali ni BA wat segmen untuk lelaki (Harap segmen ni tak berantai dah ler....tak larat nak blogwalking dengan internet slow ni...)
AKU INI LELAKI...LELAKI INI ?
Lelaki ini?
1-Pendapat anda mengenai wanita masa kini
 Sesetengah wanita masa masa kini lebih 'daring' dari segi pergaulan dan pemakaian. Namun, Ada sesetengah wanita mungkin lebih mementingkan kerjaya dari berpasangan. 

2-.. Citarasa anda ?
Jika di tanya, sudah semestinya yang mempunyai agama, berpelajaran, mempunyai tingkah laku yang disenangi. mempunyai 'chemistry'. Dan wanita yang baik untuk bakal anak-anak, cucu-cucu dan keluarga mertua. (advanced btol fikir.)

3-Wanita pilihan anda...Wanita yang berjaya , yang patut dicontohi oleh wanita sekarang pada pendapat anda
Aku suka Wardina Saffiyah. Kerana Cantik, Pemakaian yang sopan, Tutur kata yang disenangi jugak kot. Dengar khabar, buku yang beliau tulis mendapat sambutan.

Nasihat untuk anak anak gadis zaman sekarang . 
 Pentingkan pelajaran daripada Cinta kerana Pelajaran itu yang menjamin diri sendiri. Jaga tingkah laku anda. Jangan berkorban kerana Cinta sebelum Kahwin sehingga menggadai maruah diri, keluarga. Jaga diri sendiri walaupun di mana sahaja, jangan mengharapkan suami 100% (Ini berdasarkan pengalaman aku membanci e-Kasih di mana 2,3 orang peserta eKasih berada dalam kemiskinan sedangkan si Suami gantung tak bertali dan Kahwin lain.)
 UNTUK JOIN...
Langkah-Langkah:

  1. Letak header blog BEN ASHAARI
  2. Tajuk AKU INI LELAKI .. LELAKI INI ? dan linkkan ke entri ini ..
  3. Pendapat anda mengenai wanita masa kini .. Citarasa anda ? Wanita pilihan anda .... Wanita yang berjaya , yang patut dicontohi oleh wanita sekarang pada pendapat anda .. Semua ini tidak kurang dari 100 patah perkataan ..
  4. Nasihat untuk anak anak gadis zaman sekarang ..
  5. Sila tinggalkan url entri  anda di ruangan komen...
"Tarikh tutup ? Tengah malam ni.. Apa lagi ??? "


p/s: Harap BA letakkan Tarikh & Masa yang detail di dalam entry untuk lebih jelas...IX pun refer tarikh & masa pada ruangan komen jer....huhu