Al-Kisah Dongeng Mr.Cenderewan & Pink Kingdom [Ruby]

Jan 15, 2011 - ♛Posted by : Mr.IX at 9:26 PM
Pada suatu hari seorang Blogger yang juga dikenali sebagai Mr.Cenderewan (Cinderella Male version) *mesti si comot duk gelak guling-guling baca ayat ni... sedang berblogwalking ala-ala Pussy in The boot di Hutan Blogging yang dipenuhi dengan lalat-lalat pengkritik dan si pari-para sweet bloggers. Dengan kemahiran mengemudi di belakang cik tetikus, Mr.Cenderewan mula tersesat ke satu kerajaan Blogger yang bernama NabihaFadzli dengan penuh ke'pink'an nya.....
Di pintu masuk beliau terdapat satu Puzzle yang perlu diselesaikan..Mungkin kata laluan untuk masuk ke Kingdom NabihaFadzli tersebut...
Lalu Mr.Cenderewan cuba menyelesaikan puzzles tersebut...Mr.Cenderewan mula berfikir sejenak sambil menggaru rambut cendawan style beliau tu..kira macho la tu kan rambut cendawan kan..
 Sambil menghirup Sup Campbell Cendawan dan Megi perisa Cendawan Butang, Mr.Cenderewan mula dapat menyelesaikan Puzzle tersebut....
Tinggg~~Ting~~
Muncullah Permaisuri Kingdom NabihaFadzli dengan mahkota pinknya dan berbicara:
Ruby : Oleh kerana kamu dapat menyelesaikan puzzle beta, beta akan bagi kamu upah.

Mr.Cenderewan : Upah apakah itu Cik Ruby?
Ruby : Nahh!! topup RM5 untuk kamu..Hahahahha~
Mr.Cenderewan : Topup? Topak? Binatang apakah itu Cik Ruby. Ayam Tonggel kena sepak lelaju kah?
Ruby : Ko ni memang kepala cendawan la...!! Apa nama kamu pemuda?
Mr.Cenderewan : Saya MR.CENDEREWAN, Cikgu!!!
Ruby : Ohh....Ko yang sepupu Miss.Cinderella tu erk....
Mr.Cenderewan : Cik kenal sepupu saya??
Ruby : Mestilah!! Dia slalu amik upah basuh stokin Pussy in the Boot yang aku bela tu...
........
(Ok2..aku dah start melalut dah ni....pape pun time kasih Cik Ruby coz bagi upah kat Mr.IX! tak sangka lak ia tu satu entry berupah...huhuhu...Sorry lagi coz termasuk dalam watak Dongeng Mr.Cenderewan IX ni yer....*Si Comot masih berguling-guling lagi ker...sila celotape perut anda untuk mengelakkan perut anda pecah akibat terlalu kerap gelak....)

p/s: Apakah lagi cabaran dan perjalanan Mr.Cenderewan selepas ini? Adakah Rambut beliau sentiasa style cendawan? Nak nantikan ker?