[Cerpen MONOLOG] Bahagian 1 : Permulaan

Jan 8, 2011 - ♛Posted by : Mr.IX at 12:09 AM
Bahagian 1 : Permulaan

Iqmal.....”
Bagaikan terdengar suatu  suara bisikan halus menembusi deria pendengaran seorang jejaka T-shirt putih itu. Bulu romanya mula terasa berdiri, bagaikan hembusan ais secara tiba-tiba menyebabkan dia berasa dingin. Namun ia bukanlah sedingin air terjun. Seperti ada satu tekanan udara secara tiba-tiba yang ingin berbicara dengannya.

Hey Mal! Kau duk meroyan apa lagi!?! Jom la mandi!”

Laungan beberapa orang temannya yang sedang asyik bermandi-manda mengejutkan lamunan Iqmal. Air terjun yang terkenal dengan keindahan hutan lipur dan landskap air terjun yang unik menjadi lokasi percutian semenjak pemergian Isterinya. Dengan menggunakan kamera digital Fujifilm Finepix J38 sebagai teman, Iqmal hanya tersenyum, melambai-lambaikan tangan sambil mengambil gambar secara spontan ke arah teman-temannya yang sedang bermandi-manda.

Iqmal perlahan-lahan mula menjejakan kaki ke dalam air, sentapan kedinginan air bagaikan meruntun jiwanya.

Iqmal….”

Kali ni kedengaran suara yang amat jelas sekali, dan dia yakin bahawa ia bukanlah suatu mimpi. Suara yang pernah membisikkan kata-kata cinta, suara yang menenangkannya di kala duka, suara yang tak terucap dengan kata-kata.

Oittt……!”,
Sergahan Faizal, teman karibnya sejak Gathering Blogger dua tahun lepas disertai dengan simbahan percikan air yang dingin dan sepoian angin bawaan bersama awan mendung. Tersentap dari lamunan di luar realiti beberapa saat yang bagaikan bertahun lamanya. Memori bersama arwah isterinya,

Aisyah……….”

 Ungkapan disertai dengan satu tarikan nafas yang dalam.

***********************************

Jari-jemarinya galak menari di atas keyboard laptop Acer, menulis cerita isi hati di ruangan Blog peribadinya. Hanya dunia maya dapat meluahkan apa yang terbuku di hatinya tanpa menyuakan wajah. Tak perlu risau apa reaksi mereka. Tanpa risau apa yang mereka fikir tentang cerita si penulis. Jarinya kian rancak melayari entry followers blognya satu persatu. Matanya tiba-tiba terpaku pada satu Blog yang sentiasa berada di dalam senarainya; (,")()NadhzDotBlogspot()(",).

“Berlarilah,
Antara mengejar mimpi atau realiti
Kerana garis penamatnya menanti”
[By : http://hynadhz.blogspot.com/]

Walaupun hanya mengenalinya melalu dunia maya, namun setiap susun kata-katanya membuatkan pembacanya menghayati setiap perkataan tertulis. Masih teringat saat Gathering Blogger 2008, tiga orang gadis yang sedang rancak berbual sesame mereka, Nadh, Aini dan Aisyah, sepertimana yang tertulis di tag nama masing-masing. Pandangannya terpukau pada gadis berbaju kurung merah, tertulis Aisyah pada tagnya. Aisyah terus berbicara dengan temannya. Namun sempat menjeling tajam pada pemuda yang sentiasa memandangnya itu.

Iqmal…!!

Terikan suara yang tidak asing lagi dari kotak pendengarannya membuatkan ketiga-tiga gadis itu turut berpaling.

Woiii….! Mana la kau sesat! Aku panggil kau dari tadi lagi! Tengok kau jalan macam zombie kenapa?! ”, Faizal cuba menyusun kata dan mencari nafas.

Iqmal hanya tersenyum menepuk-nepuk belakang badan rakan bloggernya yang tak cukup nafas untuk berbicara.

*********************************

Cinta pandang pertama?
Begitulah bagaimana ia merungkaikan kisah cintanya. Dunia maya yang menyatukan realiti. Tapi kini……?

“Mimpi? Realiti?
Di mana garis penamatnya,
Di manakah hala tujuku,
Walaupu jauh ku berlari,
Kau tetap di sisi “

[sambungan akan datang MONOLOG Bahagian 2 : Tekanan]