[CERPEN MONOLOG] Bahagian 2 : Tekanan

Jan 10, 2011 - ♛Posted by : Mr.IX at 7:22 PM

Bahagian 2 : Tekanan

Kenapa aku yang hidup? Hidup aku ni bagaikan tidak bermakna lagi. Sejak pemergiannya, aku tak dapat menumpukan sepenuhnya kepada kerja aku. Semuanya menjadi gelap. Semua yang aku lakukan serba tak kena. Tidurku tak selena bayi lagi. Mandiku hanyalah aliran air membasahi badan. Makan minumku hanyalah sesuatu yang memberikan aku tenaga. Dimanakah nikmat kehidupan ini.

Arghhhh! Kenapa?! Kenapa?!! Kenapa bukan aku menggantikan nyawa isteriku tersayang tu?!! Kenapaaaaaaaaa!!!!!!?????

Berat hatinya menerima dugaan ini. Hatinya terasa sakit sekali bagaikan ditusuk ribuan bilah pedang. Dalam keadaanya sekarang, kecelaruan perasaan, ’mental block’, serta kekusutan fikiran. Dia mampu bertindak di luar batasan norma.

Sudah lah tu Iqmal! Dia sudah pergi! Kita sebagai manusia biasa tidak mampu menghalang ketentuan Qadar dan Qada’ Allah. Banyakkan mengucap!!”.

Kelihatan Iqmal terkulai tak bermaya setelah habis isi biliknya diselerakkan. Jeritan Faizal lagi tidak mampu menembusi deria pendengarannya lagi. Mindanya telah di kawal oleh perasaan yang hampa, kecewa dan duka. Begitulah keadaan emosi Iqmal yang tidak menentu, terutama bila dia bersendirian. Permergian Aisyah ke Rahmatullah merupakan satu hentaman kuat dalam diari hidupnya.

Sabar Mal...”,

Suara Faizal mula beransur turun frekuensi dan nada, mendekati Iqmal yang memandang kosong ke arah loceng angin (wind chime), hasil seni isterinya itu.

Kau tidak boleh bersendirian macam ini. Kau kena keluar. Kalau kau tinggal keseorangani, bertambah celaru jiwa kau nanti!

Iqmal masih tersadai tidak bermaya jiwanya. Dunianya kosong.

***********************************
Bila seseorang hilang pertimbangan akal dan perasaan. Tidak kira betapa kuat suara dilantangkan. Ia tidak dapat menelusi jiwa seseorang itu. Jika hati itu sudah dekat antara satu sama lain. Walaupun bisikan jua mampu menusuk ke sanubari jiwa.

Ikut aku sekarang! Aku bawa kau keluar dari bilik ini..”

Sentakan suara tinggi Faizal mengembalikan lamunan Iqmal bagaikan layang-layang terputus talinya. Dia masih mengambil berat akan teman karibnya itu. Tanpa menghiraukan keadaan Iqmal, Faizal terus menariknya keluar dari bilik yang suram itu ke suatu tempat.

***********************

Kesunyian hanya membuatkan kita lebih sensitif, sensitif terhadap memori terkumpul. Kesunyian juga membuatkan kita berfikir. Sedar. Muhasabah diri terhadap memori silam. Memori yang terkumpul di benak fikiran.

[Ketinggalan Bahagian 1? KLIK SINI]
(Sambungan MONOLOG Bahagian 3 : Monolog)