[CERPEN MONOLOG] Bahagian 3 : Monolog

Jan 12, 2011 - ♛Posted by : Mr.IX at 12:27 PM

Bahagian 3 : Monolog
”Sepi itu Indah,
Sepi itu Rengsa,
Kerna ia Buta tak punya rasa,
Kerna Jiwanya juga seksa, merana,
Lalu ia sunyi...Bungkam diam,
Dan itulah suatu hukum Alam”

Ihsan : Google
Hidupnya memang sepi. Terlalu sepi. Hanya laptop Acer Aspire 4315 menghubungkannya dengan dunia luar.
”Deritanya sepi.
Seksanya Jiwa.
Inikah hukum alam?
Yang buta tiada rasa.”

**********************************************

Kau ingat dengan kau bunuh diri ni menyelesaikan masalah kau ke? Kau ingat Aisyah akan hidup semula? Kau ingat kau dapat bersatu dengan Aisyah kesayangan kau di akhirat kelak?

Hahahaha!! Tidak mungkin! Tidak sama sekali! Bukankah Tuhan kau telah meriwayatkan dalam kitab umat Nabi Muhammad S.A.W dalam Surah Al-Kahfi, Ayat 6:

Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al Qur'an).”

Kenapa kau nak mati sangat? Kenapa kau sanggup berfikiran begitu? Arghh! Sungguh tidak tahu bersyukur manusia ni! Tuhan bagi kau nikmat hidup! Tapi kau ingin mati!
Sesungguhnya Tuhan tidak membebankan makhluknya jika mereka tidak mampu menanggungnya.

Janganlah kau tutupkan hati kau ke arah kegelapan. Janganlah kau sesekali terfikir bahawa kematian itu selesaikan segalanya. Tidak! Hanya kau berfikirkan begitu. Kau tidak tahu bagaimana kesakitan menghadapi sakaratulmaut. Lebih sakit daripada ditusuk dengan 1000 bilah pedang. Ketahuilah bahawa dalam Surah An-Nisa’; Ayat: 29 telah termaktub kata-kata Tuhan mu yang Maha Esa,

”...Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.”

Iqmal...

Kau kena kuat semangat. Tabahkan hati kau. Dekatkan diri dengan Maha Pencipta. Setiap yang berlaku ada sebab dan musababnya. Kau kena redha dengan ketentuan ini. Tuhan lebih sayangkan dia. Jika kau masih sayangkan dia, banyakkan sedekah doa untuk arwah. Moga Tuhan terangi kamar lahadnya dengan cahaya-Nya.

Adakah kau ingin terus menamatkan riwayat kau lagi? Kau masih berpendapat bahawa bunuh diri ini segala-galanya?!

Agama apakah kamu?! Islam? Buddha? Kristian? Hindu? Yahudi? Agama apakah kamu?!!

Tiada dalam satu kitab agama mana-mana pun memberitahu bahawa bunuh diri ini dapat menyatukan hayatmu dengan hayat yang telah meninggal dunia? Bohong!! Semua itu dusta!!! Dosa besar Iqmal!! Bawa mengucap!! Sedarlah Iqmal!! Jangan biarkan Syaitan menghembuskan kata-kata dusta kepada hati kamu itu! Istighfar!! Masih ada cahaya dalam hati kamu itu Wahai Pemuda!
********************************************
NYAWA ITU BUKAN MILIK KITA"
Nyawa itu hanyalah pinjaman daripada Tuhan kepada kita. Bukanlah hak kita semata-mata. Dengan nyawa itu membolehkan kita BANTU makhluk lain. Nyawa itu membuatkan makhluk lain BAHAGIA. Nyawa kita memberikan makhluk lain CINTA. Nyawa kita meringankan BEBAN makhluk lain. Nyawa kita PIMPIN makhluk lain. Kitalah MANUSIA yang alpa dan pelupa maknanya, dilantik oleh Tuhan menjadi khalifah di bumi ciptaannya. Hargai nyawa kita bukan untuk diri sendiri, tapi demi makhluk lain juga. Janganlah kau sia-siakan nikmat hidup ini. Namun, janganlah kamu menggadaikan NYAWAmu semata-mata orang lain. Itu bukan HAK kamu untuk menilai sebuah harga NYAWA.
 (Sambungan CERPEN MONOLOG - Bahagian 4 : Kaca Laut) 
[Bahagian 1]  [Bahagian 2]