[CERPEN MONOLOG] Bahagian 4 : Kaca Laut

Jan 13, 2011 - ♛Posted by : Mr.IX at 10:35 PM
Bahagian 4 : Kaca Laut
Sayang buat apa tu?”

Ada lah...hihi

Oooo..dengan abang pun nak berahsia ek....”,

Iqmal mengukirkan senyuman buat isterinya yang sedang asyik mendekorasikan kaca-kaca dikutip dari pesisiran pantai.

Batu apa ni Sayang?”,

Iqmal tertanya-tanya sambil mengambil beberapa kepingan bahan tersebut di atas meja. Pelbagai bentuk dan warna. Rupa yang agak unik dan amat jarang di temui atau, bahkan, dia pun tak pernah lihat benda sebegitu.

Ishk! Ini la kaca...alaa...kaca botol biasa tu...

Kaca???? Kaca apa macam ini? Macam batu jer”,

Iqmal mengerutkan dahinya, menandakan dia semakin keliru sambil membelek-belek ketulan kaca yang seperti ketulan ais yang fros. Aisyah tertawa kecil melihat gelagat suaminya yang kekeliruan.

Iyer la..Kaca...”,
Aisyah meneruskan kerjanya  membelit ketulan kaca satu persatu dengan sabar dan teliti menggunakan dawai berkilauan berwarna Silver, melekatkan satu serpihan demi serpihan, di gabungkan dengan beberapa jenis kerangan laut, sambil tersenyum melihat Iqmal yang masih membelek-belek bahan asas projeknya itu.

Macam mana kaca boleh jadi macam ni lak Sayang??”,

Bagaikan kanak-kanak baru belajar, Iqmal meneliti bersungguh-sungguh satu-persatu kaca tersebut. Terdapat pelbagai bentuk dan warna.

”Kaca laut agak berbeza dengan kaca-kaca biasa, ia mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun untuk menjadi pudar seperti fros ais akibat tindakan semulajadi hakisan daripada pasir pantai, ombak laut, angin serta panas mentari.”

”Oooooo.......So, apa sayang tengah buat ni?”,

Iqmal masih tertanya-tanya lagi apakah tujuan Aisyah mencantumkan kaca-kaca tersebut. Kelihatan beberapa keping kaca laut di lekatkan menjadi satu kepingan yang cantik. Warna putih ais digabungkan bersama warna kilauan silver. Ia nampak begitu....suci, tenang. Matanya terpaku seketika melihat hasil kaca laut berlilitkan dawai kilauan silver tergantung di atas meja.

Aisyah hanya membiarkan Iqmal tenggelam dengan penantian jawapan soalannya itu.

Cinta kita bagaikan kaca laut ni. Menghadapi hujan panas. Ombak Badai. Hujan Petir. Hanya satu serpihan di timbunan pasir. Jika di kutip oleh orang yang menghargainya, ia menjadi satu serpihan yang berharga. Penuh dengan nilai sentimental.”

Iqmal menutur bicara sambil tersenyum melihat Aishah yang sedang asyik melakukan kerjanya.

Aishah hanya terkedu mendengar ucapan suaminya itu. Tidak disangka perkataan yang indah itu meniti keluar dari bibir dia. Aishah tertuduk malu dengan tersenyum.

******************************************

Hanya kenangan menjadi teman, Koleksi kaca laut itu amat berharga buat dirinya. Kenangan hanya tinggal kenangan. Kehidupan tetap perlu diteruskan. Kini jiwanya telah dapat menerima kehendak Qadar dan Qada’ Tuhan dengan redha. Apabila kehilangan sesuatu yang kita amat sayangi. Semuanya menjadi serba tidak kena. Kita selalu mempertikaikan kehendak-Nya. Hanya iman yang nipis menjadi pendinding bahawa kita hanyalah manusia yang tidak mampu berbuat apa-apa. Tuhan itu Maha Mengetahui.

Dengan jiwa yang tenang kini. Dia dapat menjalani kehidupan dengan penuh keredhaan. Bisikan yang dia dengar mirip suara Aishah hanyalah satu godaan daripada Golongan Jin dan syaitan yang mengambil peluang untuk menjauhkan dirinya daripada Tuhan yang Maha Agung.

Sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah maka syaitan adalah teman yang selalu bersamanya.” (Surah Az-Zukhruf, ayat 36).”

..::CERPEN MONOLOG::..