[CERPEN MONOLOG] Bahagian 5 (Akhir) : Realiti

Jan 15, 2011 - ♛Posted by : Mr.IX at 5:00 AM

Bahagian 5 (Akhir) : Realiti

Sampai bila aku harus mengenang memori lampau? Sudah menjadi lumrah alam, yang mati tidak akan hidup kembali. Mindaku harus menumpukan kepada alam nyata. Realiti. Di ketika seluruh deriaku masih berfungsi dengan sempurna. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan seorang teman dan sahabat dia dalam memori kegelapan.

Pemergian sebuah kasih sayang bukanlah beerti perginya kehidupan kita. Hayat yang pergi meninggalkan memori yang bukan untuk di lupakan. Tapi tersemat di dalam sanubari diri.

*********************************
Cinta itu telah hanyut..
Kasih itu telah luput.
Ku harungi dunia ini tanpa dirimu..
Namun kau menghantuiku
Dengan gelak tawamu,
Dengan tangisanmu..
Dengan belaianmu..
Aku rindukan dirimu..hadirlah sayang..hadirlah..
Diri ini dahagakan cintamu..
Andai itu takdirnya kite harus berpisah, ku akur..
Namun,
Mengapa setiap bayangku ada dirimu,
Setiap langkah ku kau ekori,
Dan setiap hembusan nafasku ada denyutan nadimu..
Dan..dan..
Aku bahagia dengan keadaan ini....
[Author : Aini]

*****************************

Matanya hanya menatap pada skrin laptop, browser Mozilla Firefox dengan beberapa laman blog yang menjadi bahan bacaannya. Ketika hidupnya sendiri, menerusi alam maya dia mencari manusia yang berperasaan sepertinya. Sekurangnya dia merasakan bahawa bukan dia sahaja menerima dugaan ini. Malah, mungkin orang lain menerima dugaan yang lebih berat.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286)”

Sesungguhnya kini dia berasa amat bersyukur di lahirkan di dalam sebuah keluarga Islam, tumbesarannya di didik dengan penuh jiwa keIslaman. Walaupun pada suatu saat dia pernah leka dan alpa. Sesungguhnya Tuhan yang Maha Esa itu Maha Pengampun. Setiap di dunia ini berlaku atas Qadar dan Qada’-Nya.

Mungkin inilah cara dia mengabadikan kenangannya bersama Arwah Aishah. Dengan menulis dan berkongsi dengan orang lain. Agar dengan harapan itu, jika masih ada sesiapa yang menerima nasib sepertinya mampu berfikir di bawah akal yang waras.
Cahaya petang dari ufuk barat mula hilang sinar mentari, diganti dengan cahaya lembut sang rembulan. Iqmal berbaring di atas rumput halaman rumahnya. Deruan aliran air kolam ikan mengisi nada-nada alam. Berselang-seli saling berganti dengan nyanyian sang unggas. Memandang kosong ke arah langit yang mula bertukar gelap. Kedipan bintang semakin menyala terang menakluki langit malam. Kerana itulah lumrah alam, Siang berganti malam. Esok masih ada dengan episod kehidupan yang baru.

Subhanallah. Satu ungkapan, memuji keAgungan-Nya yang Maha Mencipta. Segala ketentuan, episod perjalanan hidup adalah sudah menjadi aturan-Nya sejak azali lagi. Memberi kita peluang kehidupan untuk menikmati detik yang di anugerahkan.

“…Dan Dia telah menjadikan bagi kamu sungai-sungai dan menjadikan bagi kamu matahari dan bulan yang saling silih berganti. Dan Dia menjadikan bagi kamu siang dan malam. Dan Dia memberikan kepada kamu segala yang kamu pinta. Sekiranya kamu hitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan berupaya mengiranya (Surah Ibrahim: 32-34)”

Kita hanya memainkan peranan kita sebagai khalifah di Muka bumi ini.

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah (manusia) di atas muka bumi.” (Al-Baqarah: 30)

Aisyah……I will always miss you

Satu tarikan nafas yang dalam mengisi ruang dadanya. Hati yang kosong dengan satu kehilangan. Redha dengan ketentuan-Nya. Dia hanya bermonolog sendiri. Bermonolog tentang satu kehilangan yang kini menjadi kenangan.

“Ku wujud di mindamu,
Ku hidup setiap hela nafasmu,
Kernamu berikanku kehidupan,
Melalui setiap kenangan.”

-TAMAT-

 Terima Kasih Kerana sudi membaca Cerpen Sulung Karya Mr.Ixbarr ni. Ix bukanlah penulis sebenarnya.