Saya IX & Saya SOKONG Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik!!

Jan 3, 2011 - ♛Posted by : Mr.IX at 11:33 PM
Saya Ixbarr 
[Daripada : This is IX : Homosapiensz]
dan saya SOKONG Kempen Mengurangkan Penggunaan Beg Plastik!
Ni citer Ahad lepas, semasa aku pergi beli buku sekolah adik-adik kat Mydin Mall, Kuala Terengganu.
Memang telah di maklumkan di dalam berita bahawa Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik kini di jalankan di seluruh negara. Dan Aku kini berada di Terengganu merupakan kempen pertama. (walaupun ia telah berjalan terlebih dahulu di negeri pantai barat.)

Masa kat rumah, sepupu dan mama telah bagitau pasal kempen ni dan aku pun mengambil keputusan untuk mengalami pengalaman Tanpa Penggunaan Beg Plastik di Mydin Mall. Dan siap sedia beg daripada MAXIS, dilipat-lipat letak dalam poket belakang.

Semasa di kaunter pembayaran memang telah terpampang banner Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik, tapi aku lihat kiri-kanan KEBANYAKKAN PENGGUNA MASIH memilih untuk menggunakan BEG PLASTIK!

Cashier tu bagitau yang charge 20sen tu di kenakan pada hari Sabtu sahaja.TAPI masuk Page FB Mydin tadi, jika pada hari lain, pelanggan memilih untuk tidak guna BEG PLASTIK pun tak mengapa.
(dan aku rasa darah aku dah membuak-buak naik ke kepala coz aku kan mudah blushing....huhuhuhu...Malu biar bertempat kan, Harap aku dapat menjadi Contoh kepada pengguna lain....)

So, kenapa kita bimbangkan charge 20sen jika kita dapat membantu mengurangkan penggunaan Beg Plastik yang dapat mengancam nyawa kita dengan pelepasan gas-gas yang dapat menipiskan lapisan OZON! Tipisnya OZON menyumbang kepada lebih banyak kerugian...