Tahun Baru 2011 + Tron Legacy!

Jan 6, 2011 - ♛Posted by : Mr.IX at 7:10 AM
Aku tak wat lagi entry pasal Tahun Baru 2011 ni, Jadi, Inilah dia yer...
Kali ini aku di ajak oleh seorang kawan bersama 7 orang kawannya yang lain (Total: 9 Orang) untuk menyambut Tahun Baru 2011 di Kuantan, Pahang (RM30 Seorang untuk Bayaran Hotel+Petrol)... 
Kami Bertolak pagi Jumaat pada 31 Disember 2010 dan tiba di Hotel pada Jam 04.00 PM.
Gambar pembuka bicara, Yeah! aku pun suka  pic ni..hehehe!
Selepas Solat Maghrib+Isyak tu, Kami mula keluar dari hotel gi tengok Wayang!! Kawan aku tu nak tengok The Tourist tapi.....Aku dah download dan tengok citer tu so tak rekemen la....Tapi kami ternampak yang cite terbaru dah kuar! Secara bersepakatnya nak tonton wayang ni....!!
TRON : THE LEGACY 
awesome!!!
Lepas tengok wayang citer TRON yang terBEST tu, kami pun gi Window Shopping sekitar East Coast Mall dan pergi makan lak kat kedai makan sekitar tu untuk alas perut jer...
 Apalah makna New Year kalau tak CountDown kan...So, kami gi kat Berjaya MegaMall, Kuantan untuk countdown sana....
Kat sini memang meriah sangat-sangat, countdown New Year oleh DiGi
Deco Krismas pun ada lagi tu...

Selepas Countdown New Year tu, ada sort of macam Dance-Battle gitu tapi just for fun la...aku cuma record jer...Biasalah VLOGGER kan..perlulah record video ni....
Tu la pic i masa kecik dulu, bila dah besar ni maintain cute lagi tak...Bwahaha!!
*tipu!
 
Dah habis dah New Year 'insanity' kat Berjaya MegaMall tu, Kami pun hajatnya nak ke Teluk Cempedak, Kuantan tapi apakan daya hujan la masa tu...hajat terbantut la plak..Nak gi karaoke lak smua full, so, semuanya terpaksalah balik ke bilik hotel awal2 tu...
Aku dah la sengaja minum nescafe/kopi tak dapat la nak tido awal...So, lepak2 kedai makan, minum jer sampai jam 4.30pagi!!

Esoknya, Hari Pertama pada 2011..kami semua pun dah berkemas nak balik dah..Singgah kat Kuantan Parade jap, kawan aku tu ada nak baiki dia punyer hanset..amik masa sejam untuk baiki, so dalam masa sejam tu..tak tau nak wat per, semua bersepakat untuk berKARAOKE...
walaupun semuanya termasuk aku tak pandai nnyanyi pun..alaa...karaoke for fun bukan untuk vocal!.

Terima Kasih untuk Tahun Baru 2011 ni..Sekurangnya terubat la skit loner sorang ni....
p/s: aku dah amik video masa countdown tapi tak edit lagi....